IKLAN

Thursday 30 August 2012

Pilihan Raya Ke-13 Penentu Survival Umno BN

Blog Ping Tool
Semasa merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di Baling,  Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib mengingatkan ahli Umno bahawa  pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan BN.   Jelas dari kenyataan beliau tersebut  tumpuannya adalah  kepada isu calon boleh menang atau winnable candidates.

Beliau mengingatkan ahli parti Umno tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.  Beliau tidak mahu politik adu domba, kempen orang merajuk dan kianat berlaku lagi.  Beliau mahukan  supaya ahli parti memberi sokongan dan reda,  jika terpilih sebagai seorang calon Alhamdulillah, tak dipilih pun  ucapkan  Alhamdulillah.

Inilah selalu diperkatakan oleh Najib kepada ahli Umno, supaya menyokong kepada calon yang telah dipilih dan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti. Sebagai manusia lebih-lebih lagi mereka yang telah biasa memegang jawatan atau menjadi calon, apabila disentap dan ditarik kesemuanya daripada mereka dan digantikan dengan orang lain sebagai calon maka sudah tentu akan timbul masalah kerana mereka yang tidak dipilih juga mempertahankan bahawa mereka adalah  'winnable candidate' (calon boleh menang).

Inilah yang ditakuti oleh Najib.  Masalah merajuk, mengkhianati (sabotaj) parti   sebenarnya bukan baru ini timbul atau berlaku, cuma  yang ketara sangat ialah pada pilihan raya Ke12 (2008). Perkara ini tetap akan berlaku lagi, lebih-lebih lagi jika pilihan calon winnable  dimasukkan dari kalangan luar daripada pemimpin Umno tempatan yang telah lama dalam sesuatu Bahagian. Membawa masuk pakar akedemik, kumpulan professional, orang-orang tempatan yang dihormati dan dikenali tidak memungkinkan diterima dengan senang hati oleh  ahli Umno tempatan.  Maka tidak boleh dielak  kemungkinan berlaku rajuk dan kianat dikalangan mereka.  Jika ingin melihat perkara ini berlaku atau tidak  tinjau-tinjaulah ke bilik gerakan Umno BN samada bercahya atau pun malap semasa musim kempen kelak.

Sebagai orang lama dalam politik, semestinya Najib faham tentang ini.  Beliau sangat berpengalaman.  Beliau sendiri berkata semasa bersalaman  saja beliau  telah dapat memahami isi hati seseorang.  Beliau juga faham  kerenah dan sikap ahli Umno  “depan kita angguk, belakang kita lain pula jadinya”.

Ramai yang meramalkan apabila terpilih sahaja calon-calon boleh menang untuk pilihan raya yang akan datang ini, ianya adalah satu malapetaka kepada Umno BN.  Sebagimana yang telah diperjelaskan di atas tadi, tiada siapa yang mahu berkorban dengan tenang dan secara sukarela untuk melepaskan apa-apa yang dipegang walaupun sebelum pemilihan garang sungguh bunyinya macam rela tidak terpilih.  Ada juga antara mereka  sekarang ini telah mengisytiharkan mereka tidak akan bertanding lagi untuk memberi jalan kepada ahli lain.  Kononnyalah.  Kita tunggu dan lihat.

Dalam ucapan Najib ada juga diselitkan dengan gurauan "Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu".  Kenyataan ini samalah diucapkannya semasa Himpunan Gelombang Merah di Stadium Bukit Jalil apabila beliau berkata tidak sabar-sabar untuk berjumpa agong untuk membubarkan parlimen tapi habuk pun tak setakat air liur dan gusi.

Wednesday 29 August 2012

Parti Syaitan Yang Dikenali

Ping Blog
Orang  yang paling takut sekali jika ditakdirkan oleh Allah SWT pakatan rakyat mengambil alih pentadbiran Putrajaya ialah Tun Mahathir.  Kebimbangan Mahathir melebihi pemimpin-pemimpin Umno BN yang lain. Kerisauan Mahathir amat jelas diakhir-akhir ini.  Bermula dari keputusan pilihan raya Ke 12 (2008) dimana pakatan berjaya mentadbir Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (kemudian dirampas).

Apabila Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada 2003 dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau mengharapkan Abdullah akan mendengar cakapnya, tetapi cakapnya tidak langsung dipedulikan oleh Abdullah, apabila Abdullah membatalkan projek jambatan bengkok di Johor yang sebelum ini diusahakan oleh beliau,  maka bermulalah perang antara mereka berdua.  Maka timbullah bermacam kod (code) seperti ‘orang tingkat empat’ yang dicipta Mahathir yang merujuk kepada Khairy Jamaluddin (menantu Abdullah).

Maka berbagai usaha dilakukan oleh Mahathir dan gengnya untuk menyingkirkan Abdullah dari jawatan perdana menteri, akhirnya Abdullah meletak jawatan dan digantikan pula oleh orang  harapannya iaitu Datuk Sri Najib pada 2009. Nampaknya Najib juga tidak dapat diharapkan untuk memulihkan Umno BN. Berbagai usaha dibuat oleh Najib seperti transformasi-transformasi, BRIM dan macam-maca 1Malaysia, keadaan Umno BN semakin hari semakin parah. Makin hari makin jelas penghijrahan rakyat kepada pakatan rakyat.  Mahathir tidak senang duduk, berbagai usaha beliau lakukan menggunakan blognya Che Det dan siri ceramahnya dengan mengambil kesempatan menghentam parti pakatan rakyat terutama Dato Seri Anwar Ibrahim.  Berbagai cara beliau memburukkan pakatan rakyat seperti Himpunan Bersih, Himpunan Hijau, Anwar Ibrahim penyokong Israel dan berbagai lagi.

Suatu ketika tiada siapa pun bertanya beliau, Mahathir tiba-tiba mengeluarkan kenyataan “Saya tidak takut pakatan rakyat mengambil Putrajaya, yang saya bimbang apabila saya dkenakan pertuduhan palsu”. Inilah kebimbangan Mahathir.  Mahathir lebih risau lagi berhubung nasib dan perniagaan  anak-anaknya lebih-lebih lagi kerjaya politik anaknya Mukhriz.


Selama 22 tahun menjadi perdana menteri berbagai kemungkaran dilakukan oleh Mahathir.  Beliau tahu apakah yang telah dilakukan oleh beliau, pemimpin-pemimpin  parti Umno BN dalam mentadbir negara. Melakukan kerja-kerja kotor penuh dengan rasuah, salahguna kuasa, nepotisma, kronisma.  Maka dalam kebimbangan yang teramat  dan kerana mahukan rakyat menyokong Umno BN  maka beliau membuat kenyataan  “pilihlah Syaitan yang dikenali daripada pembangkang yang tidak dikenali yang hanya berjanji”. Maksud Mahathir walaupun parti Umno BN adalah parti kotor atau syaitan  yang telah tentu dikenali oleh orang daripada malaikat (parti pembangkang) yang tidak dikenali.

Sungguh tidak disangka seorang mantan perdana menteri, bekas presiden parti Umno BN sanggup mencemuh partinya sendiri dengan menggelarkannya sebagai parti ‘syaitan’ untuk meminta orang kekal memilih Umno BN walau pun ianya parti yang kotor ‘syaitan’. Yang peliknya tidak terjumpa langsung dikalangan pemimpin Umno BN yang tampil menempelak kata-kata Mahathir tersebut.  Adakah mereka takut kerana pengaruh Mahathir jika menyentuh perkara ini menyebabkan mereka tidak tersenarai sebagai winnable candidates?

Pernah perkara ini saya ajukan kepada orang kuat parti Umno, mereka sangat merasa bimbang implikasi dari kenyataan Mahathir tersebut telah menyebabkan sokongan masyarakat kepada pakatan rakyat bertambah, lebih-lebih lagi kini keadaan saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sedang mula berkecamuk dan membimbangkan peneroka.

Syaitan yang dikenali, memang kotor.  Jika seorang mantan perdana menteri membuat kenyataan ini bukanlah  cobaan tetapi betul-betul syaitan.  Risau Mahathir tidak tertanggung oleh beliau, maka beliau tidak sedar dan meracau, lepas itu terpancut dari mulunya perkataan “malaikat pun buat silap”.

Kita pun tidak faham, apakah pegangan orang seperti ini menghina agama sesuka hatinya bagai tiada apa-apa rasa bersalah. Teringat kata-kata Allayarham Ustaz Fadzil Nor yang mendoakan supaya Mahathir dipanjangkan umur supaya dapat dilihat sendiri kekalutan dan kemungkaran yang dilakukannya.

Sebagai orang islam kita harus menolak parti Umno BN yang diakui sendiri oleh Mahathir sebagai parti syaitan.  Kerja kotor adalah kerja syaitan.  Tinggalkanlah parti yang membawa mudarat kepada bangsa, agama  dan negara. Orang bukan islam pun tahu kerja buruk adalah kerja syaitan. Tinggalkan parti syaitan yang sekarang sedang memohon mendapatkan talian hayat.