IKLAN

Thursday 27 June 2013

KERAJAAN TERENGGANU TELUR DIHUJUNG TANDUK

Blog Ping Tool
Dalam kesibukan negara mengalami Jerebu akibat pembankaran hutan di negara jiran Sumatra,  Indonesia kita dikejutkan dengan berita kematian Dr  Rahman Mokhtar iaitu ADUN Kuala Besut, Terengganu pada 26 Jun 2013. Dr Rahman juga adalah Exco Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu. Alfatiha.

Surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu telah pun dibuat oleh Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong. Pihak SPR menyatakan pilihan raya kecil akan diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos, 2013 iaitu dalam tempoh 60 hari.

Sebelum kematian Dr Rahman, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikuasai oleh Barisan Nasional dengan 17 kerusi sementara Pakatan Rakyat pula 15 kerusi.  Kini Barisan Nasional mempunyai 16 kerusi dan pakatan rakyat pula kekal 15 kerusi. Pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut kali ini adalah pilihan raya bagi menentukan hidup dan mati Barisan Nasional atau jatuhnya sebuah kerajaan sebagaimana tumbang dan runtuhnya beberapa bangunan di Terengganu.

Pada pilihan raya ke-13 DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi terdiri daripada 99% bebangsa Melayu dan 1% bangsa Cina.  Dr Rahman memenangi sebanyak 8,809 undi sementara pencabarnya Napsiah Ismail (Pas) memenangi 6,375 undi (majority 2,434 undi).

Pakatan Rakyat sudah tentu akan menafaatkan isu yang diperkatakan oleh Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu selepas mengangkat sumpah jawatan iaitu pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang BN kalah dan hanya akan membina di kawasan yang dimenangi BN. Seperkara lagi terbaru ialah isu merobohkan Pasar Payang di Kuala Terengganu dan digantikan dengan Kompleks Perniagaan yang moden.

Banyak kebarangkalian yang bakal berlaku dalam pilihan raya kecil ini.  Sekiranya pakatan rakyat memenangi pilihan raya ini keputusannya ialah 16 kerusi BN dan pakatan juga 16 kerusi. Kita masih ingat lagi selepas keputusan PRU ke-13 Datuk Seri Najib telah memanggil 17 ADUN BN Terengganu berjumpa dengan beliau di Pejabat UMNO di PWTC.  Kali ini mungkin sekali lagi mereka akan dipanggil oleh Najib untuk merapatkan saf tujuannya tidak lain adalah untuk mengelak mereka daripada  melompat parti. Sudah tentu dalam keadaan sekarang bukan Najib saja yang gundah gulana tetapi yang  lebih membuatkan tidak dapat tidur lena ialah Ahmad Said. 

Keadaan sekarang sukar untuk  melihat apakah yang ada didepan mata kerana masih tebal jerebunya. Perpatah ada menyebut tidak lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Berserahlah kepada Allah SWT sebab Allah sahaja berkuasa menaik dan menurunkan sesebuah kerajaan yang dikehendakinya.