IKLAN

Thursday 31 January 2013

PAKATAN PEMBANGKANG AKAN TANGKAP MUSUH POLITIK SEKIRANYA BERKUASA. ANWAR IBRAHIM TERLIBAT DALAM PROJEK IC DI SABAH: KATA MAHATHIR SELEPAS TUDUH TUNKU ABDUL RAHMAN LEBIH TERUK DARIPADANYA.

BlogPingTool.com
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja berkuasa. Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri (klik).

Kesian Mahathir, apakah jenis jenayah yang telah dilakukan oleh beliau sehinggakan jika kerajaan pakatan rakyat berkuasa mahu menangkap beliau.  Beliau sendiri mengakui kerajaan pakatan rakyat adalah orang baik tak mungkin akan melakukannya.  Kata Mahathir "Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Itulah kata-kata Mahathir bercakap berdolak-dalik, sekejap kata pakatan rakyat akan menangkap musuh politik jika berkuasa, sekejap kata tak mungkin akan lakukan sedemikian, kemudian berkata pula beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa. Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa.

Hei Mahathir, budak ampat tahun pun boleh  baca lu punya hati dalam.  

Kebimbangan dan kegusaran Mahathir amat teserlah diakhir-akhir ini. Apa yang dilakukan kesemuanya adalah untuk menghentam gabongan pakatan rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Lihat saja kenyataannya mengaitkan Anwar dalam projek IC di Sabah.  “Anwar terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya. Katanya lagi, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Itulah dia orang bernama Mahathir, syaitan yang dikenali. Selepas membuat tuduhan terhadap Tunku Abdul Rahman dalam pemberian kerakyatan, kini tuduhan beliau beralih pula terhadap Datuk Seri Anwar yang dikatakan terlibat secara langsung dalam projek IC di Sabah. Pada Mahathir jika beliau dapat sesekali memalitkan  Anwar dalam apa saja isu, ianya adalah satu kepuasan kepada dirinya, umpama perjalanan penafasan lancar walaupun ada sejarah 'by pass'.  Datuk Seri Anwar telah pun menafikan bahawa beliau terlibat dalam projek IC di Sabah. Klik video.


Meminjam kata-kata Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  “Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak." mendengar apa yang dikatakan oleh Mahathir tersebut.  


Biarlah Mahathir bersuara selagi ada suara beliau di kerongkongnya.  Beliau ada hak untuk bercakap apa saja walaupun kedengaran amat merapu. Apabila  Mahathir bercakap sesuatu mencemuh pakatan rakyat, ianya lebih banyak membantu pakatan rakyat untuk ke Putrajaya. Betul tak Che Det?.