IKLAN

Tuesday 31 July 2012

Mohd Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR Ditangkap

Blog Pinger Free
Pengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli ditangkap oleh pihak polis pada pagi ini dirumahnya dan akan didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung dengan  pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan juga pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

 
Beliau akan didakwa di bawah akta BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan). Akta BAFIA di bawah seksyen 97 (1) melarang sesiapa menzahirkan apa-apa maklumat berhubung dengan akaun kepunyaan pelanggan kepada sebarang orang.

Tunggulah perkembangan selanjutnya hari ini.

Iklan Jawatan Kosong

Blog Pinger Free
Terdapat dikebanyakan Surau dan Masjid di negara kita ini mempamerkan iklan-iklan jawatan kosong disurau/masjid di kawasan mereka.  Jawatan yang diiklankan adalah seperti berikut:

Jawatan:                    Makmum

Pendapatan:               Lumayan, 27 kali ganda 5 kali sehari

Elaun Perjalanan:       1 langkah ke Masjid/Surau mendapat 
                                 1 pahala dan 1 dosa akan terhapus

Bonus:                        Menghadiri majlis ilmu, kuliah
                                  maghrib   dan kuliah subuh

Kelayakan:                 Baligh lelaki dan perempuan, tidak
                                 gila dan tidak uzur syarie

Waktu Masa Temuduga:  Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan
                                     Isyak

Tarikh Tutup:            Sebelum Mati dan Sebelum Hari
                                Kiamat

Mohd Puad Zakarshi Guna Peluru Kapor

Ping Blog
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu adalah dipengaruhi dan atas nasihat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Zarkashi lagi berkermungkinan Lajim ditawarkan wang mentelah lagi Anwar digelar sebagai ‘3 billion Man’.

Itulah kata-kata seorang Timbalan Menteri Pendidikan dan juga Wakil Rakyat Batu Pahat. Adakah kenyataan  Fuad tersebut berpijak dibumi yang nyata, atau serkap jarang saja untuk menunjukkan bahawa beliau tahu sesuatu, atau untuk menarik perhatian Najib di bulan puasa ini beliau bakal winnable candidate.  Semua kenyataan tersebut adalah yang tidak pasti sebab itu  digunakan perkataan ‘berkemungkinan’.  Janganlah cari dosa memfitnah saudara islam di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Inilah cara pemimpin Umno jika sudah terbiasa memfitnah tidak kira masa, tetap akan melakukan fitnah.  Kalau duduk di dalam kawasan dan kelompok yang kotor sukar untuk bersihkan diri.  

Lajim dan Wilfred telah membuat keputusan yang mereka telah fikirkan masak-masak akan implikasi yang mereka akan hadapi. Lajim adalah  seorang Timbalan Menteri (hari ini telah perkenankan oleh DYMM DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dilucutkan jawatan), mana mungkin seorang yang berjawatan sanggup berkorban untuk berhijrah dan menyokong pakatan rakyat.  Lajim sudah lama dalam politik dan juga sehingga diangkat menjadi Anggota Majlis Tertinggi Umno, kedudukan tersebut sudah cukup kukuh bagi Lajim, mengapa beliau melakukan penghijrahan politik?.  

Lajim sudah mendengar rungutan dan suara rakyat Sabah yang mahukan satu perubahan untuk Sabah.  Sebab itulah beliau menubuhkan Pergerakan Perubahan Sabah (PPS) sementara Wilfred pula menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS).  Mereka mahukan apa yang rakyat Sabah inginkan iaitu satu perubahan total.

Kepada Dr Mohd Puad berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu fitnah yang sengaja diada-adakan. Diam itu lebih baik dari berkata-kata sebagai penghinaan terhadap saudara islam.