IKLAN

Tuesday 2 July 2013

BONG MOKHTAR LEBIH BIADAB DARI MELAYU BIADAB

BlogPingSite
 
Isu kritikan terhadap Utusan Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani belum selesai rupanya, kali ini isu ini ditimbulkan pula oleh Bung Mokhtar, Ahli Parlimen-Kinabatangan, Sabah semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong. Bong Mokhtar dalam perbahasan tersebut menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum. Bung Mokhtar juga mengkritik Azran dengan menggelarkannya “Melayu biadab”  (klik).

Inilah sikap Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dari kalangan parti Umno yang sanggup bermatian untuk mempertahankan sebuah akhbar rasis. Kerana hanya mengkritik akhbar Utusan Malaysia yang selalu membawa isu-isu perkauman Azran Osman dianggap Melayu biadap dan menggesa supaya berhijrah ke negara lain.

Amat rendah mentaliti seorang wakil rakyat seperti ini yang hanya untuk mencari nama dengan kritikan yang bodoh. Jika mahu mengampu utusan pun biarlah bertempat, bukan cara sebegini yang harus ditunjukkan. Tindakan speaker Pandikar Amin Mulia harus dipuji kerana membidas Bong Mokhtar supaya tidak mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik dan menegur Bong supaya tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja. 


Sebenarnya Bong Mokhtar lebih biadap daripada orang yang dikritiknya.  Bukalah laman Youtube untuk melihat kebiadapan Bong Mokhtar dalam parlimen.

No comments:

Post a Comment