IKLAN

Wednesday 31 October 2012

Khianat Dan Sabotaj Calon Pilihan Raya

Ping Blog
Perkara yang ditakuti dalam sesuatu pilihan raya ialah apabila ahli-ahli sendiri melakukan protes dengan cara halus iaitu khianat dan sabotaj dalam senyap, boleh diumpamakan seperti api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.  Jika dihalusi banyak penyebabnya khianat dan sabotaj ini berlaku. Antaranya

-



-







-






-





-
Marah kerana tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya oleh pucuk pimpinan parti,

Tidak puas hati, mereka telah bergiat sebagai ketua bahagian atau ketua cawangan begitu lama dengan setia tanpa berbelah bagi, apabila sampai masa  calon lain dari luar kawasan pula dipilih,

Ahli tidak puas hati terhadap calon yang dipilih, bukan kehendak dan persetujuan akar umbi,
perlantikan calon boleh menang bukan satu alasan,


Berjanji kepada bakal calon dikatakan akan dicalonkan tetapi bila sampai masanya tidak terpilih, dan 

Bahagian tidak bersetuju diletakkan calon dari parti komponen yang kalah sebelum ini masih dicalonkan.

Itulah antara penyebab khianat atau sabotaj berlaku. Banyak dan tindakan sabotaj dilakukan.  Sabotaj boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu terutama orang yang tidak terpilih atau dilakukan oleh ahli-ahli setempat yang  tidak puas hati di atas pemilihan calon-calon oleh pucuk pimpinan. Langkah yang diambil mensabotaj  ialah menutup bilik gerakan, tidak memasang poster calon-calon bertanding, memberi sokongan kepada calon lawan, tidak turun berkempen untuk calon yang dipilih, tidak memberi undi kepada calon pilihan atau tidak keluar mengundi.


Khianat atau sabotaj adalah suatu perbuatan tidak baik terhadap sesebuah parti dalam pilihan raya. Implikasinya ialah kekalahan kepada calon yang disabotaj tersebut. Sekiranya calon tersebut mendapat sokongan juga berkemungkinan kemenangannya tipis.  Biasanya puak-puak Umno tidak memperdulikan  apa yang disuarakan oleh Datuk Seri Najib supaya berkorban perasaan, beri laluan, serta fikirkan kemenangan untuk parti.  Di hadapan  Najib mereka angguk, belakang Najib lain yang terjadi.   

Sebab itulah sehingga kini Umno BN tidak sanggup untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya. Masalah utama ialah pemilihan calon terutama calon-calon boleh menang. Saya percaya sabotaj akan berlaku lagi dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang terhadap calon Umno dan Barisan Nasional dilakukan oleh ahli-ahli sendiri yang tidak puas hati terhadap calon-calon yang dipilih.  Oleh itu sama-sama kita tunggu perkembangan ini. 

Umno BN akan menghadapi tentangan dari penyokong gabongan parti Pakatan Rakyat, juga rakyat yang mahukan perubahan dan ahli-ahli mereka sendiri.  Biarlah Umno BN terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.