IKLAN

Thursday 21 March 2013

Sembilan Negeri Akan Jatuh Kepada Pakatan Rakyat Dalam PRU Ke-13

HGpromo
Dr Hatta Ramli, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS meramalkan bahawa Pakatan Rakyat bakal menguasai sembilan buah negeri dalam pilihan raya ke-13 akan datang (klik).

Walaupun ianya satu ramalan, sudah tentu ada asas-asas yang konkrit yang membolehkan Dr Hatta berkata sembilan buah negeri (ingat: bukan Negeri Sembilan sahaja) akan jatuh ke tangan pakatan rakyat.  Blog tanjaktinggi pula pernah meramalkan bahawa lapan buah negeri akan dikuasai oleh pakatan rakyat dalam PRU ke-13. Ramalan Dr Hatta lebih menakutkan. Ramalan berapa negeri bakal dikuasai pakatan rakyat satu perkara, apa yang lebih penting ialah menguasai Putrajaya. Inilah target sebenar, ini kerana menguasai negeri-negeri tanpa menguasai Putrajaya tidak mempunyai erti dan nilai apa-apa.

Banyak senario mutakhir ini yang boleh dibuat analisa bakal kemenangan pakatan rakyat. Tanda-tanda sokongan rakyat memihak kepada pakatan rakyat amat jelas.  Disaat akhir ini walaupun Papagomo mengeluarkan video terbaru mengenai salahlaku Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara tersebut tidak langsung manjadi kudis bagi mengurangkan sokongan orang ramai terhadap parti pakatan rakyat. Walau apa pun siri fitnah berselang ganti  dihidangkan, rakyat hanya mengambilnya bagai angin lalu tidak bergerak pun bulu roma. Rakyat sudah lali dengan fitnah-fitnah sebegini dari dulu, kini  dan selama-lamanya fitnah adalah amalan hidup Umno lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Dengan kenyataan Dr Hatta ini nampaknya lambat lagilah parlimen dibubarkan. “Dah lama dah” (meminjam kata-kata Tun Mahathir) rakyat menunggu berita pembubaran parlimen Kata Dr Hatta "Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang tidak tertanggung”.

Saya bersetuju dengan kenyataan Dr Hatta bahawa rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti. Sebagaimana tulisan saya yang lepas dalam menunggu  tarikh pilihan raya ramai yang terkena badi penyakit ‘parkinson’ dengan tangan dan jari jemari terketar-ketar tidak sabar untuk memangkah dan memberi undi untuk kemenangan kepada pakatan rakyat.

Penantian satu penyiksaan. Teringat saya lagu Penantian yang dinyanyikan oleh Allahyarham Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni, antara kata-katanya “PENANTIAN SUATU SIKSA YANG TIDAK TERTANGGUNG”.  Najib sebenarnya sedang mempersenda dan mempermain-mainkan perasaan rakyat Malaysia.  Amaran buat Najib, kemungkinan nanti Najib dan partinya Umno BN akan lebih tidak tertanggung siksanya selepas pilihan raya ke-13 ini.  Inn Syaa Allah.  Manusia merancang, Allah SWT yang menentukan.

Sambil-sambil menunggu parlimen dibubarkan ikutilah lagu Penantian dari Harmoni (klik video).


                           Allahyarham Zubir Ali