IKLAN

Wednesday 29 May 2013

TURUN HARGA KERETA KERAJAAN BARISAN NASIONAL TIRU DAN TIPU

BlogPingSite
Pakatan rakyat dalam manifesto pilihan raya ke-13 2013 mahu menurunkan harga kereta. Tanpa segan silu Barisan Nasional juga melakukan demikian.  Sebelum ini merekalah yang mengatakan jika pakatan rakyat berbuat demikian akan menyebabkan negara bankrap. 

Barisan Nasional berjanji untuk menepati janji untuk menurunkan harga kereta. Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menyatakan bahawa harga kereta hanya akan turun dalam masa lima tahun lagi.  Menurut Mustapha kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun seperti digariskan dalam manifesto mereka.

Semalam juga   Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam twitternya turut menegaskan sekali lagi tentang janji berkenaan.  

Rakyat Malaysia akan berputih mata mengharapkan harga kereta akan diturunkan. Nampanya janji BN jangan harap akan ditepati.  Mustapaha kata kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.

Kalau 2017 pilihan raya ke-14 akan menyusul ini bermakna penurun harga kereta nampaknya akan dilakukan oleh pakatan rakyat pada 2018 bila mengambil kuasa kelak. Inilah kerja kerajaan 2 T (dua T), TIRU DAN TIPU.