IKLAN

Sunday 30 September 2012

Terima Kasih Pakatan Rakyat Kerana Bantuan BR1M 2.0

Ping Blog
Perjuangan pakatan rakyat yang terdiri daripada gabungan tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP telah menampakkan hasilnya.  Sambutan rakyat dalam apa saja majlis yang dianjurkan pakatan rakyat amat memberangsangkan.  Pembongkaran penyelewengan dan kemungkaran kerajaan Barisan Nasional telah menyedarkan rakyat yang mendapat berita tersebut dari akhbar rasmi parti seperti Harakah, Roket dan Suara Keadilan disamping blog-blog pro-pakatan dan berita melalui internet.


Keadaan ini menyebabkan Barisan Nasional terutama parti Umno yang diterajui oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib  dan puak ‘think tank”nya  bersengkang mata memikirkan  dan mencari jalan untuk cuba mengambil tindakan menyekat kemaraan pakatan rakyat dalam apa isu sekali pun supaya reputasi Umno BN tidak ditinggalkan jauh oleh rakyat.


Hampir semua sumber yang ada telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional.  Menaikkan imej Najib dengan mengupah APCO sejumlah RM78 juta telah digunakan. Manupulasi akhbar dan TV telah digunakan 24 jam sehari untuk menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang.  Mengupah blogger pro-Umno telah dibuat. Penyokong mereka Perkasa, Perkida dan Mamat-mamat Jalanan juga telah mengambil bahagian mengganggu pentas ceramah pakatan rakyat, menyimbah cat bas Jelajah Merdeka Rakyat, merosakkan kereta pemimpin dan juga pengunjung majlis atau ceramah pakatan rakyat, kesemuanya telah dilakukan. Rakyat masih tetap padu menyokong pakatan rakyat.


Perjuangan pakatan rakyat telah disokong kuat.  Maka rakyat telah berterima kasih kepada pakatan rakyat yang memperjuangkan nasib rakyat. Kerana perjuangannya juga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional menjadi gelabah serta panik dan terpaksa berkorban lagi  memasukkan dalam bajet 2013 pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0. Ramai rakyat sedar bahawa pengucapan terima kasih harus diberi kepada Pakatan Rakyat  dan tidak lupa bersyukur kepada Allah SWT kerana dalam masa tidak sampai dua tahu kebelakangan ini rakyat Malaysia mengikut ketegori telah diberi dan akan diberi lagi BR1M. Kini bantuan ini dipanjangkan pula kepada orang bujang dan juga diberi rebate RM200/ untuk kemudahan membeli smartphone 3G.


Najib akan membuat apa saja untuk membeli hati rakyat supaya berpaling kepada Barisan Nasional walaupun kantong negara kering kontang.  Apa yang disusahkan kalau Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya ke 13, hutang negara bukan tanggungan Umno atau BN tetapi pakatan rakyat. Maka apa yang ada sekarang diperjudikan.



Lihat saja bajet 2013 apakah 'goodies' yang diberi sebagai umpan pilihan raya. Jika mahu bandingkan dengan bajet pakatan rakyat amat berbeza.   Bajet BN adalah bajet Pilihanraya. Pemberian pelbagai jenis imbuhan secara 'One-Off' yang  bersifat sementara menyebabkan kroni dan golongan kaya bertambah kaya dan yang miskin kekal miskin.  Bajet Pakatan Rakyat pula  kekayaan negara diagih secara sama rata dan manafaatnya  dalam jangkamasa panjang.  Contohnya pemasuhan Tol,  PTPTN, Elaun RM500 untuk Guru, Royalti minyak 20% untuk negeri yang berhak termasuk Sabah & Sarawak, kenaikan imbuhan untuk anggota polis, mengurangkan harga minyak, pembinaan lebuhraya dari Sabah ke Sarawak, Elaun Khas untuk surirumah dan berbagai lagi.  Maka jelaslah bajet 2013 BN akan memufliskan negara, bajet bayangan pakatan rakyat memberi kebajikan kepada rakyat.


Terima kasih kepada pakatan rakyat  kerana perjuangan pakatan rakyat untuk rakyat.  Barisan Nasional akan menepatinya sebab yang berkuasa dan memegang kantong adalah mereka. Sebab itu Najib kata pakatan hanya pandai berjanji bulan dan bintang bahkan cekarwala. Betul kata Najib.  Tugas pakatan akan melunaskan hutang. Janji-janji hanya akan dikotakan bila berkuasa di Putrajaya.  Maka giliran BN pula membuat janji semesta alam.