IKLAN

Tuesday, 25 September 2012

Blogger Pro-Umno DiRestui Oleh Allah

Blog Pinger Free
Blogger Pro-Umno BN kesemuanya adalah berasal dari orang-orang yang baik-baik belaka. Mereka adalah insan-insan yang dididik macam  kita juga termasuklah didikan agama.    Apa yang membezakan antara kita dan mereka ialah kerja dan tugas mereka.


Tugas Blogger Pro-Umno BN (gambar antara mereka) dan juga blogger pro-pembangkang sudah tentu berbeza.  Sudah tentu tugas mereka mencari jalan memburuk-burukkan apa saja berhubung dengan pakatan rakyat yang terdiri daripada parti PKR, Pas dan DAP serta Ngo-Ngo yang  pro-pembangkang dengan bermacam cerita dan fitnah. Mereka akan memuji setinggi langit pemimpin Umno BN tanpa cacat-cela asalkan sasaran mereka menepati apa yang mereka rancang tercapai.


Adakah tugas mereka ini satu kerja sukarela?. Sudah tentu tidak. Adakah berbaloi tugas bersengkang mata memerah otak mencari idea dengan tugas-tugas hakiki memburuk-burukkan pihak-pihak tertentu cukup dengan ‘free of charge (foc)?. Umno sebuah parti yang penuh kantongnya sudah tentu mereka akan menerima bayaran yang lumayan untuk menjalankan tugas mereka.  Kita tidak nafikan ada diantara mereka menjalankan tugas secara bersendiri dan sukarela bagi menunjukkan mereka ‘pejuang’ bangsa.  Baru-baru ini heboh di Melaka seorang blogger pro-Umno Ahmad Faisal Mohd Yunus mengamok menuntut bayaran daripada Umno Melaka atas   tugas beliau sebagaimana dijanjikan, menuntut bayaran yang tertunggak atas kerja-kerja yang telah dilakukan.  Ini satu bukti mereka dibayar.


Berbeza dengan blogger yang pro-pakatan rakyat. Belum didengar lagi ada diantara mereka dibayar atau menuntut bayaran di atas tugas-tugas mereka.  Mereka melakukan kerja secara sukarela dan secara berhemah dan tidak sekali-kali akan mengadakan cerita yang tidak betul atau melakukan fitnah bagi mengumpul dosa yang dilaknat oleh Allah SWT.


Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib  pernah berkata bahawa perjuangan Umno BN di restui oleh Allah. Maka kerja-kerja blogger mereka juga tidak terkecuali. Sebenarnya mereka hanya mempunyai mata tetapi tidak mempunyai mata hati untuk membuat penilaian tentang apa yang mereka tulis dan persembahkan.  Semoga keinsafan dan hidayah menyusuli dan dipertemukan Allah kepada mereka.

No comments:

Post a Comment