Pakatan rakyat akan datang dari setiap sudut, bawah, atas,
kiri dan kanan untuk menguasai
Putrajaya. Pakatan rakyat akan
mempertahankan janji mereka bahawa mereka akan mengambilalih Putrajaya. Maka perdana menteri 1Malaysia Datuk Seri
Najib dengan lantang menyatakan di
hadapan ahli Umno bahawa BN akan menyekat
pembangkang ke Putrajaya.
Sebelum ini pada Oktober 2010 ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC Najib menyatakan "Walau
berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan
saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" . Selepas daripada itu semasa himpunan Sejuta
Belia Mei 2011 Najib juga menyeru “Di
sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan.
Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” kemudian diikuti dengan
laungan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.
Dari gerak badan Najib
nampak jelas kata-kata beliau meminta Umno BN mempertahankan Putrajaya tidak
meyakinkan beliau sendiri, intonasi suaranya bagai ada sesuatu yang terpendam
dikalbunya samada bolehkah disekat jika takdir Allah menghendaki Putrajaya gugur kepada pakatan rakyat?. Bergemuruh
suara Najib ke seluruh negara melalui kaca TV supaya mempertahankan Putrajaya, bolehkah. Cakap semua orang boleh cakaplah guna bibir
dan lidah maa.
Adakah Najib telah diberi taklimat mengenai himpunan Janji Demokrasi diambang malam
Merdeka 55 di sekitar dataran merdeka?. Lihat lah mereka datang tanpa dibayar dan tidak disediakan kenderaan untuk
mengangkut mereka, tiada cabutan bertuah, mereka sanggup memenuhkan persekitran
dataran merdeka dengan pesnan facebook untuk mengambil bahagian
menyambut kemerdekaan Malaysia. Tetapi kerana Datuk Bandar yang perihatin hanya tidak mahu terganggu alat
siar raya maka dataran ditutup. Pihak polis pula dan cepat dan betul telah mengisytiharkan Janji Demokrasi adalah
himpunan haram.
Ini baru di dataran merdeka sudah membimbangkan Najib. Ini sebenarnya amaran awal untuk Umno BN supaya bersedia menerima pertukaran pentadbir
Putrajaya yang baru yang “layak untuk menduduki Putrajaya” (Najib kata tak
layak). Penerimaan rakyat terhadap BR1M
amat menggalakkan. Harus diingat itu
bukan pertanda menunjukkan sokongan rakyat.
Rakyat menerimanya kerana itu hak rakyat. Mereka
masih menunggu satu lagi BR1M sebagaimana dicadangkan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang janjinya belum ditepati.
Ada juga berkata sekatan pertama yang sedang dilancarkan
oleh Umno BN ialah melambatkan pembubaran
parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Ini tiada masalah,
lebih lama menunggu pilihan raya lagi banyak kemungkaran Umno BN akan dapat dibongkar
dan dipaparkan kepada rakyat. Sekatan
kedua pula dikatakan semasa pilihan raya Ke-13 nanti, lampu-lampu Aladin akan digosok dan
dipasang bagi menyuluh supaya parti ‘syaitan
yang dikenali‘ ini nampak jelas untuk diundi.
Buatlah apa yang termampu, ingatlah kepada Allah SWT bahawa
manusia merancang dan yang menentukan ialah Allah SWT. Amin.
No comments:
Post a Comment