Tun Mahathir tidak bersetuju dengan amalan memberi wang
tunai oleh kerajaan kepada rakyat kerana ianya hampir serupa membeli undi. "Jika anda memberi rakyat wang, maka mereka
menyokong (anda)," Menurut beliau “pemberian
tersebut mungkin bukan membeli undi
tetapi 'sangat hampir ke arah itu'.
Nampaknya Mahathir menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya secara
berlapik.
Mahathir sendiri maklum bahawa inilah amalan parti Umno dari
peringkat cawangan, bahagian, peringkat pemimpin dan juga kerajaan Barisan
Nasional. Amalan ini umpama ‘saka’ yang ada di dalam tubuh badan mereka dan amat sukar
untuk ditarik keluar dan dipulihkan.
Jika tidak diumpan dengan wang mana mungkin sesuatu majlis
tajaan Umno boleh mendapat kehadiran yang ramai. Kerana pemberian wang juga boleh menampakkan stadium Bukit
Jalil diwarnakan merah semasa pelancaran Gelombang Merah. Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah hanya
merupakan pelan jangka pendek. Tidak
semua pemberian tunai tersebut dapat menarik orang ramai supaya menyokong Umno
BN. Pernah Tok Guru Nik Aziz berkata ‘jika
diberi ambil tapi memangkah jangan”.
Pemberian tunai BR1M sebenarnya bukanlah satu pemberian yang
ikhlas untuk membantu rakyat sebagaimana slogan rakyat didahulukan. Ini kerana selepas 55 tahun baru timbul atau
terfikir mahu memberi rakyat RM500, baucer buku RM200 dan pemberian RM3,000 dan
baucer tayar untuk teksi. Ketika kapal BN mengalami kebocoran di sana sini dan sedang menunggu masa untuk
tenggelam baru memandang dan melutut kepada rakyat, itupun dengan bersyarat, kata perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib “you
help me, I help you”.
Tindakan bagi meraih sokongan orang ramai kepada Umno BN melalui
BR1M sebenarnya tidak berjaya. Pernah
Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau akan membawa cadangan kapada kabinet
supaya BR1M diberikan sekali lagi kepada rakyat. Sehingga sekarang cadangan
tinggal cadangan. Mungkin sudah ada jawapannya "belum tentu mendapat sokongan. Diberi, ambil, adatnya
begitu.
Oleh itu sungguhpun Mahathir mengatakan pemberian tunai tersebut sangat hampir kepada pembelian undi, yang jelas maksudnya semua orang faham tujuannya ialah untuk membeli undi.
Oleh itu sungguhpun Mahathir mengatakan pemberian tunai tersebut sangat hampir kepada pembelian undi, yang jelas maksudnya semua orang faham tujuannya ialah untuk membeli undi.
No comments:
Post a Comment