Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap apa saja mengutuk
parti Umno BN, ahli-ahlinya ikut sedap mulutnya asalkan jantungnya selesa
bernafas. Berbagai kenyataan yang
dilontarkannya. Bemula dengan UMNO sudah busuk dari kepala sehingga ke ekor. Yang tinggal dalam Umno
orang-orang bodoh, Pilihlah ‘Syaitan yang dikenali daripada malaikat yang belum
tentu dikenali.
Semasa di Indonesia baru-baru ini beliau berkata pula ‘Kalau
orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga’. Mahathir meminta supaya ahli parti berfikiran
waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon. Jadi maksud Mahathir selama ini ahli parti
Umno bukanlah orang-orang yang waras kerana sanggup melakukan sabotaj semasa
kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang
dipilih pucuk pimpinan parti.
Ahli parti sebenarny waras, yang tidak waras ialah Mahathir.
Mengapa dikatakan demikian. Ini kerana siapakah yang sanggup menyerah diri untuk
mengatakan tidak payahlah masukkan namanya sebagai calon, berilah peluang pula
kepada orang lain. Ini tak waras namanya. Mereka waras kerana telah begitu enak
memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen dan ada telah memegang
jawatan menteri, menteri besar atau ketua menteri, mana mungkin mahu mengalah
atau berkorban melepaskan apa-apa yang pernah disandang. Jadilah orang yang
waras, jika tidak terpilih maka lakukan penentangan.
Tun sahaja yang mengatakan Umno umpama ikan sudah busuk dari
ekor hingga ke kepala dan Ahli Umno yang tinggal orang-orang yang bodoh duduk dalam parti
syaitan yang dikenali dan tidak waras.
No comments:
Post a Comment