Telah 49 tahun Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia,
selama itu jugalah hasil buminya gas, minyak, dan galian dikeluarkan oleh
Petronas, begitu juga hasil balaknya.
Hasil daripada sumber asli tersebut mendatangkan pendapatan berbilion ringgit
dimasukkan ke dalam kantong kerajaan persekutuan, dan baki 5% sahaja masing-masing ditinggalkan untuk Sabah dan Sarawak.
Maka berkatalah mantan perdana menteri Tun Mahathir kepada rakyat Sabah dan Sarawak ‘bersabarlah
menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum
mendapat pembangunan seperti semenanjung. "Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat."
Inilah dikatakan bekas perdana menteri tidak sedar
diri. Selama 22 tahun Mahathir memegang
jawatan perdana menteri ‘dah lama dah’ baru sekarang bercakap tentang nasib
rakyat Sabah dan Sarawak dan meminta mereka bersabar. Semasa menjadi perdana menteri apakah yang
dibuat?. Hanya menumpukan usaha
meramaikan rakyat Sabah sahaja? Selepas
tidak memegang jawatan tiba-tiba terfikir pula nasib rakyat Sabah dan
Sarawak. Tapi betul juga ‘tugas Mahathir
belum selesai’.
Rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak mendapat layanan
seimbang dari Barisan Nasional (BN) seperti saudara-saudara mereka di
semenanjung. Bumi yang diberi Allah SWT
dengan kekayaan hasil buminya seperti petrol dan gas telah lama disedut dan
dikeluarkan, tiba-tiba Tun buat-buat lupa seoalah-olah Sabah dan Sarawak baru
semalam menyertai Malaysia lalu meminta mereka bersabar jika mahu membangun
seperti rakyat semenanjung.
Tun janganlah cuba mempermainkan hati rakyat Sabah dan Sarawak, hasil
bumi yang semakin hari semakin susut dan mungkin akan kontang amat disedari oleh
rakyat kedua-dua negeri tersebut. Sebab
itu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji
Abdul Taib bin Mahmud menyuarakan supaya royalti minyak dibincangkan semula.
Alhamdulillah,
kenyataan Mahathir ini lebih menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak dan ianya
juga sebagai satu rahmat dan faktor bagi
memudahkan Umno BN ditalkinkan. Rakyat
Sabah dan Sarawak tidak takut untuk berubah dan mereka juga mahu ‘driver’ baru
untuk membawa mereka ke satu destinasi selamat untuk cucu cicit mereka.
No comments:
Post a Comment