“Perjuangan Umno direstui oleh Allah SWT”. Perjuangan Umno diberkati Allah dalam memimpin
perjuangan membela bangsa, agama dan negara. Itulah kata-kata Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk
Seri Najib Razak semasa berucap
merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan.
Hairan juga bagaimana Najib mengetahui bahawa perjuangan
Umno direstui dan diberkati oleh Allah SWT.
Adakah Najib mengetahui Allah merestui dan memberkatinya di dalam mimpinya atau ulama dan
imam muda Umno yang menyatakan demikian yang membolehkan Najib membuat
kenyataan tersebut.
Diberkati dan direstui
bukan kerja kita. Itu adalah kerja Allah
SWT. Kita sebagai insan yang kerdil
hanya perlu memohon kepada Allah SWT supaya diberkati dan direstui, bukannya
terus menyatakan direstui dan diberkati.
Ucapan pemanis begitu bolehlah dibuat di hadapan gerombolan
Umno kerana mereka akan menerima sahaja ucapan sebegitu dan akan termakan juga
apa yang dinyatakan oleh Najib. Ini
kerana Tun Mahathir ada berkata yang tinggal dalam Umno ialah orang-orang yang
bodoh dari syaitan yang dikenali. Tak hairanlah.
No comments:
Post a Comment