Apa yang tidak dilakukan. Sudah beri Bantuan Rakyat
1Malaysia (BRIM). Sudah minta maaf. Sudah Merayu. Dalam Bajet 2013 perihatin kepada rakyat beri
lagi BR1M 2.0 dan bermacam-macam pemberian diwujudkan sehingga kepada mereka yang berumur
21 hingga ke 30 tahun diberi rebate pula sekiranya membeli smartphone. Reaksi orang ramai dilaporkan sama sahaja “kau bagi aku ambil, bila mengundi?
(sendiri mahu ingatlah). Di satu sudut
sudah tentu Najib gembira melihat orang ramai beratur dan berasak-asak untuk
mengutip wang BR1M 2.0 kelak.
Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk
Seri Najib untuk cuba memiliki hati rakyat Malaysia untuk mengekalkan Umno BN
berkuasa “berilah peluang saya sepenggal lagi”. Lihat saja sekarang satu
kemestian kelopok Umno selain memberi wang poket untuk meramaikan majlis
mereka, siri cabutan bertuah pula diadakan.
Ini tidak terdapat di mana-mana dalam dunia. Petanda inilah yang menyebabkan Najib tidak tidur lena mencari jalan menawan hati rakyat.
Pembentangan Bajet 2013 dengan tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji
Ditepati dianggap lebih
baik daripada bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR), oleh Presiden Persatuan Pribumi Perkasa
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Menurutnya “Bajet ini jelas menenggelamkan bajet yang
dibentangkan PR, dan beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib
Razak Menurut Ibrahim
bajet ini “pukul habis”. Ibrahim
seterusnya menyatakan tidak salah membuat bajet untuk memenangi pilihan raya
asalkan member manfaat kepada rakyat. Samalah macam Chua Soi Lek, Presiden MCA mebngatakan rasuah politik tidak salah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz mengatakan bajet
Pakatan Rakyat pula adalah bajet bodoh. Sebenarnya beliau sendiri yang bodoh.
Kita ingin lihat adakah dengan adanya BR1M 2.0 yang dimasukkan sekali
lagi dalam bajet 2013 ini dapat menarik sokongan kepada Barisan Nasional. Kita juga ingin lihat adakah benar Najib
seorang perdana menteri yang popular. Kita juga ingin lihat keputusan pilihan
raya Ke13 akan datang samada keputusannya lebih baik daripada Tun Abdullah atau lebih teruk
yang menyebabkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional berebut-rebut mengambil tempat
khas pembangkang. Tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment