Ketua DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh
Koo Ham telah menulis dalam Twitternya yang didakwa mempersoalkan bantahan umat
islam terhadap filem anti-islam Innocence of Muslims. Dalam tulisannya Ngeh menyebut ‘Khairy mahu
umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan
politiknya. Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk
ini”.
Tulisan Ngeh tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai samada dari kelompok
parti Umno BN atau pakatan pembangkang. Saya juga tidak setuju dengan tulisan
Ngeh tersebut. Ngeh harus faham umat Islam amat sensiitif sekiranya agama Islam disentuh dan dihina walau dari
kelompok mana sekalipun mereka. Menyedari twitnya mendapat bantahan ramai maka
Ngeh telah menarik balik tulisannya serta meminta maaf kepada orang Islam.
Semalam (20/09/2012)
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara Perdana
Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan keikhlasan
permohonan maaf Ngeh Koo Ham tersebut samada benar-benar ikhlas atau tidak.
Sekurang-kurangnya Ngeh menyedari bahawa kata-kata beliau dalam
twitternya itu adalah satu kesilapan yang tidak sengajakan, lalu beliau memohon
maaf. Sudah tentu permohonan maaf itu menunjukkan keikhlasannya, "Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang
Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya
begitu."
Kita juga ingin bertanya Najib, adakah permohonan maaf Najib
ke atas kesilapan BN lalu diucapkan semasa lawatan di Kedah dulu benar-benar
ikhlas atau tidak?. Kita ingin juga tahu
samada Najib sudah membuat permohonan maaf kepada masyarakat Felda selepas
menyumpah mereka ‘haram jadah’ ketika majlis pengumuman durian runtuh di Jengka
Lapan dahulu. Belum pula didengar
permohonan maaf Najib tersebut. Jika
sudah adakah permohonan maaf tersebut benar-benar ikhlas. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment