Nampak jelas dan tidak perlu bersuluh lagi bahawa PERKASA
memang sebenarnya menjadi alat kepada parti pemerintah. Merekalah penyokong tegar dan setia untuk
melakukan apa sahaja tanpa pertimbangan
walaupun mencemarkan rumah Allah.
Lihat apa yang dilakukan oleh sekumpulan manusia yang
menggelarkan diri mereka perkasa masuk ke masjid berkasut, menggunakan kasut
melemparkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggunakan ‘loud speaker’
mengganggu tazkira maghrib yang
diberikan oleh Anwar Ibrahim di Masjid Al Hussain Kampong Pumpong di Alor Setar.
Inilah perlakuan orang-orang yang terdesak, kumpulan yang
diumpamakan sebagai syaitan yang dikenali. Telah kerap kali gangguan yang melibatkan Anwar Ibrahim dilakukan oleh samseng jalanan yang mengharapkan
upah sehingga sanggup meredah masjid sesuka hati (lihat gambar). Anwar Ibrahim telah lali dengan perkara seperti
ini. Beliau bijak mengawal keadaan dari
provokasi yang dilakukan. Beliau beredar
dan terus ke rumah imam.
Ada rahmat daripada kejadian tersebut. Video perlakuan budak-budak perkasa ini telah
disiarkan di youtube dan membolehkan orang ramai menyaksikan sendiri kerja
jahat mereka. Kejadian ini adalah sebagai penyumbang kepada kejatuhan parti Umno BN dalam pilihan raya yang akan datang. Dari gambar yang ada dapat
kita membuat penilaian. Cuba kita lihat apakah jenis pemuda yang melakukan
provokasi tersebut?. Pemuda yang memakai kemeja T bertulis di
belakangnya ‘Gerak Khas Perkasa’ dengan
berantai dileher.
Hari ini Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin
Hashim berkata mereka menghalang Datuk Seri Anwar
Ibrahim daripada menyampaikan tazkira di masjid tersebut kerana ketua
pembangkang itu tidak bertauliah tetapi jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang ingin menyampaikan tazkira di masjid berkenaan, PERKASA tiada
halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.
Nampaknya banyak perkara yang dilakukan oleh Perkasa tidak ada nilai langsung. Ini dapat dilihat sebagai contoh membuat
laporan polis hanya kerana Kerajaan Negeri Selangor dikatakan tidak menjemput
DYM Sultan Selangor di ambang sambutan Kemerdekaan Ke-55 Malaysia. Buatlah apa yang patut asalkan bahagia.
Lihatlah video tazkirah Anwar Ibrahim diganggu.
No comments:
Post a Comment