Perjuangan pakatan rakyat yang terdiri daripada gabungan
tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP telah menampakkan
hasilnya. Sambutan rakyat dalam apa saja
majlis yang dianjurkan pakatan rakyat amat memberangsangkan. Pembongkaran penyelewengan dan kemungkaran kerajaan
Barisan Nasional telah menyedarkan rakyat yang mendapat berita tersebut dari
akhbar rasmi parti seperti Harakah, Roket dan Suara Keadilan disamping
blog-blog pro-pakatan dan berita melalui internet.
Keadaan ini menyebabkan Barisan Nasional terutama parti Umno
yang diterajui oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib dan puak ‘think tank”nya bersengkang mata memikirkan dan mencari jalan untuk cuba mengambil tindakan
menyekat kemaraan pakatan rakyat dalam apa isu sekali pun supaya reputasi Umno
BN tidak ditinggalkan jauh oleh rakyat.
Hampir semua sumber yang ada telah digunakan oleh kerajaan Barisan
Nasional. Menaikkan imej Najib dengan
mengupah APCO sejumlah RM78 juta telah digunakan. Manupulasi akhbar dan TV telah digunakan
24 jam sehari untuk menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang.
Mengupah blogger pro-Umno telah dibuat. Penyokong mereka Perkasa, Perkida dan Mamat-mamat Jalanan juga telah
mengambil bahagian mengganggu pentas ceramah pakatan rakyat, menyimbah cat bas
Jelajah Merdeka Rakyat, merosakkan kereta pemimpin dan juga pengunjung majlis
atau ceramah pakatan rakyat, kesemuanya telah dilakukan. Rakyat masih tetap
padu menyokong pakatan rakyat.
Perjuangan pakatan rakyat telah disokong kuat. Maka rakyat telah berterima kasih kepada pakatan
rakyat yang memperjuangkan nasib rakyat. Kerana perjuangannya juga menyebabkan
kerajaan Barisan Nasional menjadi gelabah serta panik dan terpaksa berkorban
lagi memasukkan dalam bajet 2013
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0. Ramai rakyat sedar bahawa pengucapan
terima kasih harus diberi kepada Pakatan Rakyat
dan tidak lupa bersyukur kepada Allah SWT kerana dalam masa tidak sampai dua
tahu kebelakangan ini rakyat Malaysia mengikut ketegori telah diberi dan akan diberi
lagi BR1M. Kini bantuan ini dipanjangkan pula kepada orang bujang dan
juga diberi rebate RM200/ untuk kemudahan membeli smartphone 3G.
Najib akan membuat apa saja untuk membeli hati rakyat
supaya berpaling kepada Barisan Nasional walaupun kantong negara kering kontang. Apa yang disusahkan kalau Barisan Nasional
kalah dalam pilihan raya ke 13, hutang negara bukan tanggungan Umno atau BN
tetapi pakatan rakyat. Maka apa yang ada sekarang diperjudikan.
Lihat saja bajet 2013 apakah 'goodies' yang diberi sebagai umpan pilihan raya. Jika mahu bandingkan dengan bajet pakatan rakyat amat berbeza. Bajet BN adalah bajet Pilihanraya. Pemberian pelbagai jenis imbuhan secara 'One-Off' yang bersifat sementara menyebabkan kroni dan golongan kaya bertambah kaya dan yang miskin kekal miskin. Bajet Pakatan Rakyat pula kekayaan negara diagih secara sama rata dan manafaatnya dalam jangkamasa panjang. Contohnya pemasuhan Tol, PTPTN, Elaun RM500 untuk Guru, Royalti minyak 20% untuk negeri yang berhak termasuk Sabah & Sarawak, kenaikan imbuhan untuk anggota polis, mengurangkan harga minyak, pembinaan lebuhraya dari Sabah ke Sarawak, Elaun Khas untuk surirumah dan berbagai lagi. Maka jelaslah bajet 2013 BN akan memufliskan negara, bajet bayangan pakatan rakyat memberi kebajikan kepada rakyat.
Terima kasih kepada pakatan rakyat kerana perjuangan pakatan rakyat untuk rakyat. Barisan Nasional akan menepatinya sebab yang berkuasa dan memegang kantong adalah mereka. Sebab itu Najib kata pakatan hanya pandai berjanji bulan dan bintang bahkan cekarwala. Betul kata Najib. Tugas pakatan akan melunaskan hutang. Janji-janji hanya akan dikotakan bila berkuasa di Putrajaya. Maka giliran BN pula membuat janji semesta alam.

No comments:
Post a Comment