Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari 2013 selamat disempurnakan anjuran
parti pakatan rakyat bersama-sama Ngo-Ngo lain yang diadakan di venue bersejarah tempat penisytiharan
kemerdekaan Malaysia tahu 1957, Stadium Merdeka. Himpunan yang diadakan cukup
aman setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri
Ismail Omar memberi jaminan menjadikan perhimpunan kali ini sebagai ‘detik bersejarah’ bermaksud tiada
sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sungguhpun
pihak polis telah memberi jaminan, pegawai kerajaan, pelajar, guru-guru telah
diberi amaran supaya tidak mengambil bahagian dalam himpunan HKR. Ketua Setia Usaha Negara (KSN), Datuk Seri
Ali Hamsa mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyertai perhimpunan ini kerana
ianya dianjurkan oleh parti politik. Mungkin KSN bercakap dalam keadaan separuh
sedar, berapa ramai pegawai kerajaan dan para guru yang telah dipaksa
menghadiri himpunan gelombang biru, gelombang merah anjuran Umno BN. Parti Umno BN bukan parti politik kah?. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga memberi amaran kepada mahasiswa supaya tidak
menyertai perhimpunan HKR. Untuk lebih
sensasi lagi orang yang tidak sayang mulut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin telah menggelarkan himpunan HKR ini sebagai Himpunan Shamsidar ia itu
untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin Ali, Shamsidar
(sudah tidak ada modal lagi) sehingga setiap malam diulang-ulang perkataan ini di TV
pencacai Umno tersebut.
Apa yang cuba dilakukan tidak langsung menjadi penghalang
kepada perjalanan himpunan HKR ini. Lihat sahaja video di youtube, peserta datang
dalam kumpulan-kumpulan dari berbagai arah dengan berdisipilin yang tinggi dan
tertib. Tiada gangguan lalu lintas
dilaporkan berlaku lebih-lebih lagi ‘marshal’ iaitu Unit Amal, Pas ditugaskan untuk
mengawal keadaan dari segi lalu lintas, displin dan menghalang peserta jika ada
melakukan sifat-sifat provokasi.
Perhatikan gambar-gambar dan klip-klip video yang ada di alam maya,
tentu, siapa yang cintakan keamanan untuk perubahan akan menitiskan air mata
kerana sambutan rakyat yang datang secara sukarela untuk mengambil bahagian amat
luar biasa. Stadium Merdeka di bahagian
yang mempunyai tempat duduk boleh memuatkan seramai 30,000 orang. Di tengah padang jumlahnya melebih daripada
tempat duduk. Di luar stadium melimpah
sehingga Jalan Loke Yew, ini belum mengambil kira di kawasan Stadium Negara dan
Jalan Hang Tuah. Ketua Polis Dang
Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, pihak
polis mula-mulanya menganggarkan jumlah kehadiran ialah 80,000 angka ini satu
kesilapan, kemudian membuat pembetulan
hanya 45,000 orang yang hadir luar dan dalam stadium. Mungkin kiraan yang dibuat oleh pihak polis menggunakan formula
Rais Yatim.
Ketua
Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur Himpunan Kebangkitan
Rakyat didapati tidak mematuhi syarat untuk mengumpulkan hanya 30,000 orang.
Ini adalah satu pelanggaran syarat yang dipersetujui (klik). Adoi, perhimpunan ini bukannya pakai
tikit. Ini perhimpunan rakyat yang
sebanyak mungkin mahu menyertainya. Untuk menghalang orang memasuki stadium
adalah satu perkara yang mustahil.
Di
hari yang sama sebelah pagi lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India
SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini
membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih. Mereka rata-ratanya
berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib. sebagai
tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rupa-rupanya mereka datang hanya untuk terima
beras dan ‘goodies’ selepas itu sebelah petangnya ada antara mereka menyertai
HKR. Tertipu Najib.
Apa
yang dimahukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjadikan
perhimpunan kali ini sebagai ‘detik bersejarah’ telah
terbukti. Tiada berlaku provokasi dan
tiada sebarang insiden pelanggaran undang-undang telah dilakukan, ini disahkan
sendiri oleh ACP Zainuddin Ahmad “tidak ada insiden atau tangkapan yang dibuat
sehingga berakhirnya perhimpunan tersebut.”
Dalam
himpunan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaungkan semangat ‘Merdeka’
sebagai tanda untuk kemerdekaan rakyat kali kedua untuk rakyat. Inilah perhimpunan bersejarah dapat
mengumpulkan rakyat hampir angka 200,000 orang (kalau Rais Yatim kira 2,000
orang sahaja). Secara bersemangat meraka
ucapkan bahawa inilah perhimpunan terakhir sebelum pakatan rakyat mengambil
alih Putrajaya.
No comments:
Post a Comment