Memang
beria-ia benar rancangan Umno BN untuk mengambil-alih Selangor daripda Pakatan
Rakyat. Dalam bahasa yang mudah ialah
merampas kerajaan Selangor dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang. Tak lama saja lagi, mandat BN hanya
berbaki tidak sampai tiga bulan iaitu sehingga April 2013. Jika Najib tidak bubarkan parlimen maka kuasa
akan jatuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak boleh tidak dalam
tempoh 60 hari akan memanggil pilihan raya yang tarikh akhirnya pada Jun 2013.
Berbagai
perkara yang yang dilakukan BN bagi menggugat kesetabilan kerajaan pakatan rakyat
Selangor seperti membesar-besarkan kononnya berlaku krisis air di Selangor
(padahal tujuan sebenar adalah untuk membina Langat 2 untuk kroni), membesarkan isu bantuan ibu
tunggal yang dikatakan tidak ditepati sebagaimana menisfesto pakatan rakyat
dalam pilihan raya 2008, memasang iklan BN di koc komuter KTM, baru-baru ini timbul pula tindakan saman terhdap kerajaan Selangor berhubung isu khairat kematian, berbagai
tohmahan janji tidak ditepati ditimbulkan. Tetapi tidak juga tertanggal sebiji skrew pun
Dewan Undangan Negeri Selangor. Berbagai
lagi gerakan yang sulit sedang dilakukan, Selangor harus diambil dari pakatan
rakyat.
Bagi
mengekalkan Putrajaya, Najib sudah melaungkan dihadapan 2,543 perwakilan Umno
di PWTC pada 22 Oktober 2010 “Berpasaklah
kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji BN. Walau berkecai tulang dan juga
badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Walau apa pun yang terjadi, Putrajaya
mesti kita pertahankan,”
Pada
akhir 2012 perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib telah menghantar ribuan
kad ucap selamat Tahun Baru 2013 kepada pengundi-pengundi di Selangor (klik). Rancangan dan
niat Najib rupanya telah menimbulkan masalah kepada Umno BN dimana kerja-kerja
jahat mereka teserlah. Sebagai contoh terdapat berpuluh-puluh kad ucapan dihantar kepada orang yang
tidak dikenali menggunakan alamat di sebuah rumah di Petaling Jaya. Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat
daripada BN, tetapi tidak seorang pun dikenali siapa mereka. Carian yang dilakukan pada
daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang
didaftarkan di alamat tersebut. Aduhai.
Selepas
perkara ini heboh diperkatakan tiba-tiba Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul
Shukur Idrus mengakui kesilapan kecil dalam mengahantar kad Selamat Tahun Baru
besimbul ‘Sayangi Selangor’. Kesilapan
ini dikatakan berlaku kerana penhantaran secara pukal. Macam mana boleh silap
sedangkan memang betul pengundi menumpang alamat rumah orang.
Pada
penyokong pakatan rakyat yang bijak menilai, dapatlah dirumuskan bahawa kad ucpan
Selamat Tahun Baru di atas nama-nama yang tidak dikenali tersebut adalah hantu
mak limah, hantu polong, hantu raya terdiri daripada berbagai bangsa tidak akan
singgah atau bermalam di rumah-rumah tersebut, tetapi akan terus ke
sekolah-sekolah, dewan-dewan pusat mengundi semasa mengundi nanti. Sekarang apa mahu dikatakan
lagi telur tembelang sudah pecah baunya dimana-mana.
Suruhanjaya Siasatan DiRaja belum pun selesai melakukan penyiasatan di Sabah, kini ada persamaan pula kemungkinan besar berlaku di negeri Selangor. Lebih memeranjatkan lagi apabila Datuk Lajim Ukim dalam satu kenyataan menyebut bahawa lebih 40,000 pengundi Sabah dipindahkan ke Selangor dengan tujuan merampas Selangor. Menurut Lajim pengundi-pengundi Sabah tersebut berpusat di Sri Andalas, Bukit Tinggi, Klang dn Seri Muda. Jika perkara ini benar, perkara ini perlu disiasat kesahihannya.
Suruhanjaya Siasatan DiRaja belum pun selesai melakukan penyiasatan di Sabah, kini ada persamaan pula kemungkinan besar berlaku di negeri Selangor. Lebih memeranjatkan lagi apabila Datuk Lajim Ukim dalam satu kenyataan menyebut bahawa lebih 40,000 pengundi Sabah dipindahkan ke Selangor dengan tujuan merampas Selangor. Menurut Lajim pengundi-pengundi Sabah tersebut berpusat di Sri Andalas, Bukit Tinggi, Klang dn Seri Muda. Jika perkara ini benar, perkara ini perlu disiasat kesahihannya.
Ada
peramal-peramal amatur berkata jika Umno BN ingin mengambil Selangor, biarlah mereka ambil,
sebagai tukarannya pakatan rakyat ambil
Putrajaya (Kerajaan Pusat) dan mentadbir lapan (8) negeri lain, tujuh negeri di
Semananjung dan Sabah. Boleh ke? Manusia merancang, Allah SWT penentu
segalanya.
No comments:
Post a Comment