Selepas
agak lama mendiamkan diri iaitu selepas Deepak Jaikishan melontar C4 yang meletup
kuat, bunyinya boleh kedengaran seluruh pelusuk tanah air, tiba-tiba pedana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib bersuara
menangkis dakwaan yang ditimbulkan oleh Deepak dan menyifatkan Deepak sebagai
individu yang tidak boleh dipercayai.
Najib seterusnya menyatakan dakwaan Deepak tersebut bukan satu isu dan
tidak akan menjejaskan Barisan Nasional.
Deepak
dalam wawancara dengan lidah parti PAS mendakwa bahawa Najib memainkan peranan utama
dalam tindakan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang menarik balik
pengakuan berkanun (SD) pertama pada 2008.
Gayung
bersambut, kata berjawab. Hari ini 18
Januari 2013, Deepak membidas kenyataan Najib yang mempersoalkan kredibilitinya
dengan meminta perdana menteri menyatakan kebenaran di sebalik akuan bersumpah
(SD) kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam. Tanpa berselindung Deepak mengesahkan apa
yang didedahkan dengan terperinci
mengenai kes pembunuhan ini adalah benar.
Juga Najib mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaahribu. Deepak mahu Najib dan Rosmah menjawabnya.
Deepak
berkata "Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang,
menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat
Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!" (Ayoyo Najib, apa sudah jadi?).
Apa
yang dinyatakan oleh Najib bahawa Deepak adalah individu yang tidak boleh
dipercayai memakan diri sendiri. Mengapa Najib mengambil masa begitu lama untuk menjawab apa yang didakwa oleh Deepak
sejak sebelum Perhimpunan Agong Umno 2012 Ke-66 yang lalu, baru kini mahu
menjawabnya. Najib bukan menjawab tetapi
menuduh pula Deepak tidak boleh dipercayai. Sama macam gurunya bapak syaitan
yang dikenali (Mahathir) menuduh Tunku Abdul Rahman lebih teruk beri kerakyatan
kepada warga asing daripada beliau sendiri.
Apa
yang Deepak mahukan dari Najib dan Rosmah ialah samada mereka terlibat
dengan pengakuan berkanun (SD) kedua P.
Balasubramaniam tersebut. Rakyat tidak mahu mendengar bahawa isu ini (SD) samada menjejaskan Barisan
Nasional atau tidak. Itu tidak penting. Rakyat mahu tahu apa yang
didakwa oleh Deepak tersebut satu perkara yang serius terhadap negara
Malaysia. Perkara Rasuah, komisyen, pembunuhan Altantuya beritanya telah pun
keluar didada akhbar The Age, The Sydney Morning Herald Australia dengan tajuk
berita Malaysian PM caught up in murder, bribery scandal. (Malunya).
Belum
pernah dalam sejarah Malaysia tercatat seorang perdana menteri menghadapi
berbagai tohmahan. Adakah tohmahan
tersebut satu fitnah atau perkara benar berlaku? Inilah yang rakyat Malaysia mahu tahu. Walau bagaimanapun Najib perlu menjawab apa yang ditimbulkan oleh Deepak Jaikishan. Ini kerana rakyat Malaysia
mempercayai apa yang dinyatakan oleh Deepak. Maknanya Deepak individu boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment