Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib meroyan lagi. Beliau dalam satu ucapannya telah meminta
rakyat Malaysia supaya mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya Ke-13 yang
akan datang ini (klik). Kata beliau “satu undi
untuk masa depan”. Maksudnya undi untuk BN, adalah untuk masa depan Malaysia. Inilah modal Najib disaat-saat genting dalam
menghadapi pilihan raya ini.
Kesian Najib, dalam membisu seribu bahasa walaupun banyak
isu-isu yang sedang dihadapinya tiba-tiba macam tiada apa-apa yang berlaku beliau muncul merayu kepada rakyat supaya beri undi kepada
BN. Adalah tidak masuk akal jika rakyat
mahu membiarkan perompak terus merompak harta rakyat dan membantu lagi supaya
terusan merompak. Janganlah
memperbodohkan rakyat. Kesabaran rakyat
ada hadnya apabila tidak tertanggung inilah yang terjadi sekarang Deepak
Jaikishan dan Musa Hassan melondehkan apa sahaja kemungkaran Najib, isteri dan kerajaan Barisn Nasional.
Najib dalam nada yang tertekan menabur janji dan memberi madu
yang rakyat sudah tahu bukannya manis. Najib kata "Kalau rakyat susah,
kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan,
nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional," Inilah
sahaja yang dapat dilakukan oleh Najib kalau bercakap gunakan wang ringgit.
Sama-sama kita dengar, ada lagi akan ditawarkan oleh Najib
dengan muka sadinnya untuk menambat hari rakyat. Buatlah apa yang patut Najib semoga
bahagia. Ambillah langkah yang betul,
sebab orang pertama paling takut Anwar Ibrahim mengambil tampuk pemerintahan
negara ialah Tun Mahathir. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment