Ketua
Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob terpaksa bersilat dan bertaici mengulas
mengenai persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam
'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah
Alam, pada 4 Januari lalu (klik).
Dalam
majlis tersebut dikatakan diselitkan dengan persembahan tarian sekumpulan
wanita berpakaian seksi beraksi lucah. Menurut ACP Zahedi Ayob persembahan tarian itu tidak
ada dalam acara dan pihaknya tidak
menempahnya dan ianya dipersembahkan
secara mengejut.
Blog tanjaktinggi percaya apa yang diperkatakan oleh ACP Zahedi Ayob tersebut. Perkara ini mungkin diketahui oleh segelintir daripada AJK penganjurnya secara berahsia. Mungkin perkara ini berlaku kerana ada pihak-pihak yang mahu menjalin hubungan dengan pihak polis terutama Jabatan Siasatan Jenayah, Shah Alam dengan menghantar secara mengejut kumpulan penghibur wanita seksi tersebut.

Majlis
itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota
pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja. Memang benar walaupun dijalankan secara
tertutup, kamera dan mulut tidak dapat ditutup. Sebab itu rakaman gambar tarian
pada majlis tersebut berlegar di laman sosial.
Maka tidak dapat dielakkan tercemar juga PDRM.
No comments:
Post a Comment