Professor
Emeritus Dato Haji Shahnon Ahmad adalah pengarang
buku ‘Shit @Pukimak. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan
Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),
serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat
beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik
balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon tetapi tidak dilakukan.
Jika
diteliti daripada buku tersebut memang ada kebenarannya apa yang dinukilkan
oleh Shahnon Ahmad tersebut. Umno diumpamakan seperti tong taik. Tempat
menghimpunkan kebusukan atau lebih tepat lagi segala kemungkaran. Lihat saja kepada ahli-ahli politik yang
bersama-sama pakatan rakyat yang melompat dan mengisytiharkan mereka ‘BN
friendly’ dipungut oleh perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib masuk ke dalam usus busuk
Umno Barisan Nasional. Yang peliknya Najib tidak langsung menunjukkan rasa malu
di atas perbuatannya mengambil orang-orang yang melompat tersebut bahkan diberi
layanan yang superb.
Beberapa
orang yang melompat telah dibawa oleh Najib menyertai rombongannya. Baru-baru ini Najib dalam rombongannya
ke Palestin bertemu perdana menteri Ismail Haniyeh di Gaza telah membawa sama mantan
timbalan presiden Pas, Nasharudin
Mat Isa. Sudah tentu tugasnya dalam
komunikasi (jurubahasa) kepada Najib (lihat gambar mesranya mereka).
Sesampai
di tanah air pulang dari Gaza dan Davos, Najib telah mengulas mengenai pengguguran Nasharudin Mat Isa
daripada Majlis Syura PAS (klik). Beliau
menganggap pengguguran tersebut ada kena
mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza. Najib sebenarnya tidak diberi maklumat yang jelas, Setiausaha jawatankuasa Majlis Sura Pas,
Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menyatakan keputusan pengguguran Nasha berkenaan
dibuat lebih awal pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Amnya
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari. Tidak ada kena mengena langsung
dengan lawatan tersebut. Walau bagaimanapun
Nasha masih lagi ahli Pas.
Nasharudin Mat Isa tidak perlu bimbang kerana beliau
memang sah telah dapat dahan untuk
bergantung dan berteduh demi masa depan politiknya. Belum ada dalam sejarah seorang yang gagal
dalam memegang jawatan nombor dua parti Pas telah diberi layanan yang sungguh baik
dalam parti lawan (Umno BN).
Maka jelaslah Nasharudin sudah bersedia dengan
labunya untuk terjun sendiri samada ditebing, di sungai atau di laut. BIARKAN.
BIARKAN
No comments:
Post a Comment