Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib melawat Kelantan dalam program Jelajah janji
Ditepati. Kita pun tak faham dan tahu
apakah janji yang telah ditepati di Kelantan. Program Jelajah Janji Ditepati
diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di Kota Bharu.
Dalam
program tersebut sekali lagi Najib berjanji, tetapi tidak mungkin janji ianya
lebih kepada wasiat bahawa Barisan Nasional akan:
1.
|
mengulangi janji kerajaan BN untuk membina lebuhraya bagi
menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu,
|
2.
|
pembinaan stadium baharu,
|
3.
|
masjid terbesar.
|
4.
|
perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit
|
5.
|
mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, dan
|
6.
|
pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan
5,000 pelajar
|
7.
|
projek menyelesaikan masalah air
|
Inilah
yang selalu keluar dari mulut Najib apabila beliau berada di Kelantan. Maka bertepuk tanganlah 50,000 orang-orang
yang dipaksa hadir dengan gemuruh dalam program tersebut ketika Najib umumkan
janji ulangannya (klik). Rakyat Kelantan tidak bodoh untuk menerima
gula-gula pilihan raya Barisan Nasional.
Jelajah Janji Ditepati, apa yang telah ditepati sejak beberapa kali
datang ke Kelantan?. Ingat apa yang dijanjikan oleh Najib tersebut ada syaratnya, mesti undi Barisan Nasional untuk memerintah di Kelantan,
Maka
bersuaralah Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk membodek
bosnya dengan berkata janji tersebut menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan
nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan. Kalau prihatin kenapa letak syarat. Mustapha juga berkata "Ini
juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita
diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang
itu tidak benar.
Buatlah apa yang patut Mustapha. Bayangan untuk hanyut dengan labu-labu sudah menghampiri.
No comments:
Post a Comment