Pemimpin-pemimpin
Umno berbelah bahagi dalam usaha untuk menyelamatkan Umno. Ada antara mereka merasa ‘fade-up’ tidak
memperdulikan apa akan jadi kepada Umno, ini kerana pucuk pimpinannya iaitu
Datuk Seri Najib telah menjadi beban dan masalah kepada Umno. Merdeka Centre yang membuat kajiselidik
mendapati populariti Najib hanya
meningkat 1 peratus (65%) sahaja setelah bermacam usaha terutama BR1M ditaburkan oleh beliau.
Kini
Umno terpaksa melakukan langkah yang sama sekali lagi untuk menurunkan pemimpin nombor satu iatu presidennya sama seperti dilakukan terhadap mantan perdana menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi pada tahun 2009. Orang yang
memainkan peranan menurunkan Tun Abdullah ketika itu ialah orang yang bermulut
celupar (meminjam kata-kata Tuan Guru Nik Aziz) iaitu Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Kini telah kedengaran dari dalaman Umno untuk meminta Muhyiddin memukul gendang yang sama semasa menurunkan Tun
Abdullah dipukul sekali lagi untuk Najib pula dari tahta demi
menyelamatkan Umno.
Pemimimpin
dan ahli Umno sudah dapat merasakan bahawa jika langkah ini tidak dilakukan,
berkemungkinan Umno tidak bangkit-bangkit lagi untuk beberapa dekad yang
akan datang. Tebalnya daki-daki di badan Najib
yang tidak hilang-hilang dan ditambah lagi pendedahan terbaru oleh Deepak
Jaikishan yang melibatkan Najib dan isterinya Rosmah terlalu malang bagi
Umno. Kerosakan dialami oleh Najib tidak
dapat ditutupi lagi dalam apa bentuk sekali pun. Isu besar untuk memburukkan pihak pembangkang
tidak ada langsung. Jika adapun isu tayang semula ‘Amanat Tuan Guru Haji Hadi’. Ini pun tidak menjadi. Paling senang gunakanlah isu-isu
perkauman. Burukkanlah pentadbiran
negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, katakan “rakyat baru tahu warna
sebenarnya pakatan rakyat. Melayu akan hilang keistimewaan apabila pakatan
rakyat memerintah. Negara akan
bangkrap. Negara akan jadi huru-hara
jika pakatan rakyat berkuasa. Tidak juga
berkesan.'
Ada
suara-suara yang mahukan Muhyiddin seberapa segera maksudnya sebelum pilihan
raya ke-13 menggantikan Najib, seterusnya mengambil langkah dalam masa terhad
ini memulihkan Umno dalam apa cara sekalipun.
Mereka tidak mahu apa yang terjadi kepada Umno BN pada pilihan raya 2008 berulang lebih teruk
pada PRU 13 yang akan datang ini.
Kita
juga ingin melihat adakah Muhyiddin berani memulakannya. Semasa penentangan terhadap Tun Abdullah
dahulu Muhyiddin hanya memegang jawatan menteri, kini jawatan penting Timbalan
Perdana Menteri. Hanya selangkah ke
hadapan. Dulu bolehlah bekerjasama
dengan Tun Mahathir kerana Mahathir sendiri mempunyai dendam kesumat terhadap
Abdullah. Jika bekerjasama dengan
Mahathir bolehkah menghasilkan untungnya.
Dalam keadaan yang kritikal ini Mahathir ‘play safe’. Beri sokongan kepada Najib memujinya terang-terangan. Menyokong Muhyiddin secara diam-diam.
Kedua-dua membawa keuntungan kepada anaknya Mukhriz. Inilah gaya syaitan yang dikenali.
Jika
diperhatikan senario ini, tidak seorang pun berani bersuara meminta Najib
meletakkan jawatan. Suara itu akan
memakan diri mereka. Mahu tidak mahu
puak-puak Umno kena menunggu selepas keputuisan pilihan raya ke-13. Sekiranya BN kecundang maka lebih senang
untuk menurunkan presiden Umno dan BN tanpa rasa takut.
Gendang
Umno berbunyi tetapi bunyinya hanya disekitar telinga orang-orang yang mahu menaikkan
Muhyiddin sahaja. Walau apa pun itu adalah urusan rumahtangga Umno, biarlah mereka uruskan sendiri kubur-kubur mereka. Kita doakan supaya mereka tidak kalut dan
boleh menerima jika kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat. AMIN.
No comments:
Post a Comment