Rupa-rupanya
benar apa yang ditangisi para perwakilan Umno semasa Persidangan Agong Umno
2012 Ke-66 telah terbukti sedang berlaku. Mereka
menangis kerana mendengar ucapan bahawa ‘Melayu menumpang di tanah air
sendiri’ juga apabila dinyatakan jika ahli
tidak bersatu Umno akan ditalkinkan.
Lebih
memeranjatkan lagi apabila presiden
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas dalam satu Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan bertarikh 6 Januari 2013 menyatakan bahawa orang Melayu di Johor adalah
orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang
asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia. Menurut Syed Ali, 80
peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu
di Johor kian terpinggir. Jika mahu membandingkan dengan orang Melayu di Kelantan adalah
lebih kaya dari di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya
mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta.
“Pembangunan
Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam
kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” Menurut Ali
Alattas rumah dengan keluasan 1,300 kaki persegi kini mencecah RM1 juta. Individu yang
bergaji RM5,000 pun tak mampu membelinya kerana bank hanya membenarkan pinjaman
sehingga RM200,000 sahaja. Lebih teruk lagi tanah sendiri diiliki orang asing
dan situasi sebegini amat merbahaya kepada rakyat Johor.
Koridor
pembangunan yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan terletak di
Selatan Johor itu mempunyai keluasan kira-kira 500,000 ekar, kira-kira tiga
kali ganda keluasan Singapura. Dalam resolusi Kongres mahu mendesak kerajaan
memperuntukkan 30 peratus (24,000 ekar) Nusajaya kepada orang Melayu.
Inilah
kesannya dari pembangunan Iskandar yang dibanggakan oleh mantan perdana menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dalam banyak
ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan bertanya hadirin “siapakah yang
menjual tanah kepunyaan orang Melayu?”. Akan disambut oleh orang ramai “UMNO”.
Maka
janganlah biarkan lebih banyak lagi tanah kepunyaan orang Melayu akan hilang dari
pemilikan mereka. Kita boleh
menyelamatkan perkara ini terus berlaku dengan cara UBAH iaitu mengubah
kerajaan kepada kerajaan yang baru untuk menyelamatkan seluruh bangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment