Masih
hangat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112 KL) diperkatakan rakyat. Perkara ini juga turut dibualkan oleh
ahli-ahli Umno BN dengan membuat beberapa analisis berhubung dengan impak
kepada parti pemerintah. Pakar-pakar
matemetik telah membuat analisa matematik mereka dengan menganggarkan jumlah
peserta mencapai angka 700,000 orang, pihak polis (PDRM) menganggarkan pada
mulanya 80,000 kemudian menukar angka tersebut kepada hanya 45,000 orang yang
berada dalam dan luar stadium merdeka iaitu hampir menyamai angka kiraan Rais
Yatim 50,000 orang iaitu tidak mencapai target 1 juta orang (dalam tweetnya beliau sebut ‘kata 1 juta ini
50 ribu saja' - bangang).
Terbukti
sudah himpunan yang sebesar ini tanpa ada provokasi dan dengan jaminan pihak
berkuasa polis, dapat diadakan dengan aman.
Lebih-lebih lagi peserta mamatuhi arahan menjaga disiplin yang tinggi
serta kawalan yang baik dari Unit Amal Pas yang memudahkan kerja pihak
PDRM. Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk
Seri Najib yang malu alah memuji dan memberi penghargaan kepada Pakatan Rakyat
atas tindakan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menurutnya menunjukkan
kejayaan politik BN dan reformasi kerajaan (masuk bakul angkat sendiri). Berlainan dengan Tun Mahathir yang menganggap
himpunan HKR di Stadium Merdeka adalah untuk menjatuhkan kerajaan seperti Arab
Spring, itulah kata-kata bapak syaitan yang dikenali.
Apa-apa
pun inilah himpunan yang sangat bersejarah, berbeza jika dibandingkan dengan himpunan Perhimpunan Agong Umno 66. Tangisan ahli-ahli Umno dalam perhimpunan
tersebut kerana kesedihan yang teramat sangat bakal menitip sejarah bahawa Umno
BN akan ditalkinkan dan sementara
tangisan peserta himpunan HKR adalah satu tangisan kegembiraan untuk mengangkat
Pakatan Rakyat ke teraju Putrajaya yang bakal menumbangkan Umno BN dalam pilihan
raya ke 13 selepas memperbodohkan orang melayu dan rakyat yang lain. In Syaa Allah.
Jika
pakatan rakyat berkuasa di Putrajaya sudah tentu janji akan dipenuhi tidak sama
dengan Janji Ditepati oleh Umno BN dengan janji-janji ulangan setiap kali
pilihan raya diadakan. Semoga kesan dari
Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menjadi bukti dalam pilihan raya yang akan
datang ini. Biarkan pencacai Umno dan media-media mereka mengatur dan membuat
fitnah terhadap perhimpunan HKR, biarkan mereka bahagia siang dalam malam
mengumpul fitnah-finah baru sehingga diambang pilihan raya ke-13.
Sesuatu yang baik kita lakukan untuk faedah rakyat dengan membawa perubahan total sudah tentu akan disambut rakyat. Kerja dan niat yang baik amat disukai oleh Allah SWT. AMIN.
Sesuatu yang baik kita lakukan untuk faedah rakyat dengan membawa perubahan total sudah tentu akan disambut rakyat. Kerja dan niat yang baik amat disukai oleh Allah SWT. AMIN.
No comments:
Post a Comment