Semalam 1 Disember 2012 tamat sudah Perhimpunan Agung Umno
2012 selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib berucap dalam sesi penggulungan
perbahasan. Sepanjang ucapan yang penuh lakunan yang beremosi tidak lepas dari mulutnya dengan formula menakut-nakutkan bangsa Melayu, jika
kehilangan kuasa yang akan turut menggugat bangsa Melayu dan menjejaskan agama
Islam. Diulang-ulang menyebut Umno pembela Islam dan bangsa.
Najib umpama mengisytiharkan
perang habis-habisan terhadap pakatan rakyat (klik).
Najib bertanya perwakilan “ Adakah kita mahu anak-anak kita
rosak akidahnya. Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depannya? Adakah
kita mahu negara kita porakperanda? Adakah kita sanggup memperjudikan masa
depan negara? Jika semua jawapan tidak maka katakana tidak kepada PKR. Katakan
tidak kepada PAS. Katakan tidak kepada DAP.
Ini masanya kita sedar kita berada dalam barisan yang kukuh dan bersatu.
Untuk apa?. Untuk menentang fitnah dari
PAS. Untuk menentang pluralism oleh PKR. Untuk menentang perkauman dari
DAP. Bayangkan segala kehancuran,
kemusnahan, porakperanda dan kebentasan bangsa pasti jika anda memilih
pembangkang”
"Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah
dan sosial!,"
"Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk
kehancuran Islam!”
"Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk
penindasan bangsa tercinta!”
Jelas sungguh Najib dalam keadan kepanasan. Ini jelas semasa diakhir penggulungan
tersebut sehingga melangkaui waktu maghrib.
Beliau umpama dirasuk (memanglah syaitan yang dikenali) seperti orang dalam ketakutan dikejar bayang-bayang
sendiri. Mulutnya tidak henti-henti menyebut
PKR, PAS dan DAP, pakatan rakyat dan pembangkang. Confirm sudah tentu beliau telah mendapat laporan bahawa Umno BN akan kekal di Parlimen cuma berpindah dan menyeberang mengisi tempat pembangkang. Pakatan rakyat tidak lagi menjadi pembangkang.
Terfikir juga adakah doa Pas meminta
Umno BN KO menghampiri makbulnya?. Lihat dengan klik di video youtube yang disediakan.
No comments:
Post a Comment