Ke
sana ke mari perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib membuat janji, Janji
Ditepati. Baru-baru ini kedatangan beliau di Pulau Pinang untuk tepati janji, membuat janji lagi
(sebenarnya janji ini janji lama diulang tayang) bahawa kerajaan Barisan
Nasional akan membina 20,000 unit rumah mampu milik dan juga membina
monorel. Pembinaan akan dilakukan
sekiranya rakyat mengundi BN.
Berbagai
janji telah dibuat oleh Najib di setiap majlis yang melibatkan beliau. Di hadapan rakyat Kelantan Najib berkata akan
membangunkan Kelantan kepada yang lebih baik dengan syarat beri mandat kepada
BN. Janji Najib adalah janji yang
bersyarat. Depan masyarkat Cina berjanji, depan masyarakat India berjanji. Semasa di Sabah dan Sarawak berjanji.
Di
Batu Cave, Najib melalak berjanji sekiranya Barisan Nasional menang di Selangor
maka kondominium di Batu Cave tidak akan dibenarkan dibina. Bersyarat juga. Banyak janji-janji BN yang tidak ditepati.
Pada Najib berjanji jika tidak disebutkan janji-janjinya umpama tidak mendapat candu.
Selama
ini siapakah yang paling kuat berjanji?. Sudah tentu Barisan Nasional. Mereka yang mempunyai kuasa tidak dapat
menunaikan janjinya. Maka dijaja ke sana
ke mari bahawa pakatan rakyat akan menjanjikan bulan dan bintang, tetapi tidak
ditepati.
Biarlah
Najib berjanji. Berjanji tidak keluar modal tetapi jika ada kuasa dan mampu melaksanakannya
dan tidak ditepati maka tergulunglah sebagai orang-orang yang munafik.
No comments:
Post a Comment