Ada seorang ini macam nak masuk menjadi seekor daripada gerombolan apabila berkata beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia
kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa. Diulang sekali lagi 'jika dipelawa'.
Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali merangkap Wakil Rakyat Pasir Mas tersebut, budak-budak sekolah darjah satu pun boleh faham apa yang tersirat. Difahami maksudnya Ibrahim mahu menyertai semula Umno jika di pelawa.
Ibrahim
Ali (gambar) sedar bahawa beliau pernah dipecat dari Umno, untuk menawarkan diri tidak akan berlaku. Ibrahim segan hendak memohon menjadi ahli
Umno kecuali ada tawaran. Maksudnya jika presiden Umno, Datuk Seri Najib berbisik berkata “Brahim mu tak mahu masuk Umno semula ke?” Mungkin sekiranya ada pelawaan sebegini maka dengan lafaz
Bismillah, Ibrahim akan melompat. Ibrahim tunggu pucuk pimpinan tertinggi Umno BN saja. Beliau tidak mahu dikatakan
hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sedar pun. Malunya. Tapi orang seperti Ibrahim sejarahnya memang tidak tahu malu.
Maka
Ibrahim pun menyebutlah resume beliau
yang pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun, anggota Majlis Tertinggi Umno selama 6 tahun. Buatlah apa yang patut Brahim. Lompat-melompat ini umpama orang yang mempunyai
ilmu kena beramal. Lompatlah.
Sebenarnya Ibrahim telah dapat membaca bahawa untuk menjadi calon membawa lambang Pas sekali lagi di Pasir Mas sudah tentu tiada peluang lagi. Membawa lambang 'kunci' sebagai calon bebas akan kehilangan wang deposit. Maka strategi sekarang sorong-soronglah pipi kalau-kalau dipelawa masuk Umno. Kalau Umno terima Brahim dan seterusnya menjadi calon BN untuk Pasir Mas, alamatnya sayonaralah Brahim dan BN di Pasir Mas.

Senang saja lebih baik terjun dengan labu-labu
nanti akan disahut orang BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment