Jelas
kelihatan pada bahasa badannya (body language), pada intonasi suaranya tergambar isi
hatinya dalam keadaan ketakutan untuk menghadapi Umno BN bakal tersungkur. Lalu presiden Umno, Datuk Seri Najib menyeru kepada ahli Umno BN dan keseluruhan rakyat supaya
menolak dan tidak mengundi pembangkang. Tangan kanan yang digengam ke dada umpama
melafazkan ikrar supaya tidak memberi:
"Satu undi untuk PKR satu undi untuk
kerosakan akidah dan sosial!" Ini
dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar yang dituduh membawa pluralisma agama dan Lesbian,
Gay, Biseksual serta Transeksual (LGBT). Isu ini diputar dan diputar untuk
menghancurkan karier politik Anwar. Makin Awar dihina semakin ramai orang hadir
di majlis ceramah pakatan rakyat dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat, Himpunan
Hijau ke Putrajaya dan lain-lain himpunan seumpamanya.
"Satu
undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!” Ditujukan kepada
parti PAS dengan tuduhan menggunakan agama Islam dalam berpolitik. Kerana
takutkan doa Pas supaya Umno BN jadi KO maka dituduh Pas mahu menghancurkan
agama Islam. Pas mahu melaksanakan Hudud
dicemuh siang dan malam. Berbangga bersekongkol dengan MCA menghina hukum Allah tersebut. Maka
sepatutnya doa untuk kehancuran Umno BN tersebut dilakukan setiap hari.
"Satu
undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!” Tomahan
kepada DAP sebagai parti perkauman. Inilah
tuduhan paling jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Umno terhadap DAP. Apa yang sebenar berlaku ialah Umnolah parti
perkauman yang sentiasa melakukan provokasi menakut-nakutkan bangsa Melayu
supaya tidak memilih DAP. Tun Abdul Razak yang berhempas-pulas membina perpaduan negara tetapi
anaknya Najib mahu perpaduan tersebut diruntuhkan kerana mahu kekalkan kuasa. Kebaikan yang DAP lakukan untuk agama Islam dan
bangsa Melayu di Pulau Pinang dinafikan dan tidak langsung diiktiraf.
Selepas
tamat Perhimpunan Agung Umno 2012, Sinar Harian Online telah membuka satu
survey online berhubung dengan sokongan rakyat terhadap Umno BN dan Pakatan
Rakyat. Hasilnya sebanyak 89 peratus
memihak kepada Pakatan Rakyat dan 11 peratus kepada Barisan Nasional. Dari apa yang dibentangkan ternyata bahawa
kita akan menyaksikan Najib adalah presiden Umno BN yang terpendek khidmatnya
dan juga perdana menteri terencat perkhidmatannya.
Gerombolan Umno akan menyingkirkan Najib selepas
pilihan raya ke-13 ini kerana kekalahan teruk Barisan Nasional. Ini bukan main-main, ini betul-betul, bukan
cubaan. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment