Sebaik
saja dilantik sebagai Perdana Menteri 1Malaysia merangkap Menteri Kewangan Datuk
Seri Najib melancarkan slogan “1Malaysia” pada 2 April 2009. Intipati gagasan
ini ialah idea satu bangsa tanpa mengira
kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama
menjayakannya. Sejak dilancarkan
menteri-menteri dan pegawai kerajaan dikerah turun padang bagi menerangkan
slogan 1Malaysia. Walau
bagaimanapun kebanyakan menteri-menterinya
sendiri tidak dapat memahami atau bersetuju dengan Najib mengenai slogan ini. Ini dapat dilihat daripada
kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin “ I am Malay first”. Kata-kata Muhyiddin tersebut telah mendapat
kritikan banyak pihak.
Najib
kemudian telah melancarkan Program
Transformasi Kerajaan (GTP-Government Transformation Program) pada bulan April 2009 yang diterajui oleh
beliau sendiri. Kemudian pada 28 Jan
2010 telah beliau melancarkan pula Pelan
Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang disifatkan sebagai satu
kesimpulan daripada hasrat rakyat.
Itulah
langkah-langkah permulaan yang dibuat oleh Najib apabila mengambil tampok
pemerintahan negara. Najib sedar bahawa
beliau terpaksa merancang pelbagai program sebagai benteng kepada pengaruh pembangkang
yang dilihat semakin hari semakin
mendapat perhatian rakyat. Najib kemudian mengambil satu langkah yang mengejutkan
ketika pembentangan belanjawan 2012 pada Oktober 2011. Beliau telah mengumumkan
pakej-pekej bantuan iaitu:
1.
|
Bantuan Rakyat Satu
Malaysia (BR1M) iaitu pemberian wang tunai kepada isi rumah yang berpendapatan
RM3,000 ke bawah dengan bantuan sebanyak RM500/.
|
2.
|
Pemberian Buacar
Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM200/ kepada pelajar Universiti peringkat
tingkatan enam hingga ke Phd di universiti awam dan swasta tempatan,
|
3.
|
Bantuan kepada semua
pelajar RM100 (sekolah rendah)
|
4.
|
Skim Rumah Pertamaku
|
5.
|
Program Rumah Mesra
Rakyat
|
6.
|
Perumahan Rakyat
1Malaysia
|
Kemudian
pada bulan June 2012 sebagai menghargai
pemandu-pemandu teksi Malaysia, Najib telah melancarkan pula Program Bantuan
Teksi 1Malaysia (TR1ma) iaitu pemberian baucer untuk membantu pemandu teksi menukar tayar (4 tayar) yang bernilai
RM520/.
Pada
Julai 2012 Najib telah melancarkan 1Malaysia For Youth (1M4U). Serentak dengan itu beliau telah mengumumkan
dana sukarelawan berjumlah RM100 juta dikenali sebagai Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M). Najib
juga telah menyumbang sebanyak 100,000 topi keledar ke seluruh negara untuk
belia.
Apa
yang dibuat oleh Najib untuk menunjukkan beliau seorang perdana menteri yang
pemurah tidak juga mendapat sentuhan.
Merdeka Centre yang membuat kajian berhubung dengan ‘rating’ kepupularan
Najib mendapati hanya meningkat 1 peratus sahaja dari 64% kepada 65%. Kajian yang dibuat selepas bajet 2013
diumumkan.
Memandangkan
sokongan rakyat masih tidak melata, maka
Najib telah membuat keputusan
dalam pembentangan bajet 2013, beliau mengumumkan pemberian
bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah sekalai lagi. Kali ini dipanjangkan kepada individu bujang. Bantuan kepada isi rumah
tetap sama iaitu RM500 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas
berpendapatan RM2,000 sebulan mendapat RM250/. Pembayaran akan dibuat pada Januari
2013.
Rakyat
cerdik dan tidak sebodoh apa yang Najib gambarkan. Mereka tahu apa yang dilakukan oleh Najib
sebenarnya adalah umpan pilihan raya ke-13.
Apa yang diharap oleh Najib ialah pemberian tersebut harus dijelmakan
dalam bentuk undi. I help you, you help me. Rakyat
seronok menerima pemberian dari kerajaan Najib.
Apa yang diberi oleh Najib sebenarnya adalah wang rakyat, hak rakyat
yang sepatutnya diterima. Kamu memberi,
kita merasa.
Sudah banyak wang yang digunakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional, sokongan yang diharapkan tidak juga menjadi kenyataan. Rakyat masih berpusu-pusu menghadiri perhimpunan dan ceramah-ceramah parti pakatan rakyat. Setiap himpunan pembangkang mencapai angka 10,000 hingga ke 50,000 orang yang hadir. Kedatangan mereka tidak dipaksa, secara sukarela, tiada duit poket atau duit belanja disediakan bahkan mereka datang keluarkan wang sendiri sambil menderma. Begitulah keadaanya, umpan yang ditabur Najib tidak dimakan, kail dihulur tidak mengena.
Sudah banyak wang yang digunakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional, sokongan yang diharapkan tidak juga menjadi kenyataan. Rakyat masih berpusu-pusu menghadiri perhimpunan dan ceramah-ceramah parti pakatan rakyat. Setiap himpunan pembangkang mencapai angka 10,000 hingga ke 50,000 orang yang hadir. Kedatangan mereka tidak dipaksa, secara sukarela, tiada duit poket atau duit belanja disediakan bahkan mereka datang keluarkan wang sendiri sambil menderma. Begitulah keadaanya, umpan yang ditabur Najib tidak dimakan, kail dihulur tidak mengena.
Inilah
kebimbangan yang amat sangat (ceramah Umno ribuan yang hadir) sehinggakan di dalam majlis-majlis Umno BN, Najib
terpaksa memekik. melaung umpama hendak keluar anak tekak mengutuk dan mencemuh
pembangkang sambil menyebut“ hanya Umno BN saja yang mampu membela nasib Melayu, agama Islam dan Raja-raja, BN saja boleh memerintah negara
ini. Jika pembangkang memerintah negara
akan bangkrap dan jahanam” Begitulah.
Apa
yang dilaporkan hutang negara sudah mencapai lebih RM500 bilion. Jika pembangkang berjaya ke Putrajaya, hutang
inilah menjadi beban pertama yang harus ditanggung. Walau bagaimanapun tidak
mengapa, apa yang penting hasrat rakyat adalah satu iaitu untuk mengalihkan tempat duduk
Najib menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dalam pilihan raya ke-13 yang akan
datang.
Biarkan Najib dan gerombolannya terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
Biarkan Najib dan gerombolannya terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment