Tun
Mahathir dalam kenyataannya (klik)selepas majlis Malaysia Petroleum Club di Menara Berkembar
Petronas (KLCC) menyatakan bahawa beliau akan berkempen melawan sesiapa sahaja
sekiranya seseorang itu tidak menunjukkan prestasi bagus. Beliau menafikan bersikap ‘double standard’
dengan membantu kempen perdana menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib tetapi
menentang perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Umum
mengetahui diakhir-akhir ini Mahathir rela berkorban apa saja, masa dan kesihatannya. Beliau
turun berkempen untuk Najib dan Barisan Nasional. Beliau mendahului Tan Sri Muhyiddin dan
pemimpin-pemimpin lain Umno BN turun ke akar umbi meminta ahli-ahli dan
pemimpin menyokong Najib dan calon-calon pilihan pucuk pimpinan. Beliau secara terbuka memuji dan berpuas hati
dengan prestasi Najib “Ya. Saya berpuas
hati”.
Kita
ingin juga bertanya, adakah apa yang dilakukan Mahathir tersebut ikhlas untuk Najib dan
Umno BN?. Banyak sebab yang Mahathir berbuat demikian. Mahathir telah nampak jelas
bahawa gabongan Pakatan Rakyat telah mendapat tempat di hati rakyat. Ke mana sahaja himpunan pakatan rakyat di
adakan sambutannya akan melimpah ruah.
Dulu Mahathir pernah berkata sambutan yang ramai tidak mengambarkan di
peti undi. Kini kata-katanya memakan diri, senario ini membuatkan Mahathir
bimbang sekiranya Umno BN kecundang akan juga memberi kesan kepada diri
beliau sendiri. “Saya tidak bimbang pakatan berkuasa di Putrajaya, yang saya
bimbang tuduhan palsu terhadap saya” Itulah kebimbangan sebenar Mahathir.
Pilihan raya ke-13 yang akan datang ini adalah titik penentu nasib Mahathir samada akan terus menjadi tuan penasihat Najib atau perdana
menteri balik tabir untuk Malaysia.
Mahathir
memuji apa sahaja tentang Najib, ini kerana agenda yang lebih penting bagi Mahathir
ialah semata-mata untuk menentukan karier politik anaknya Dato' Mukhriz iaitu
Ahli Parlimen Jerlun, Kedah. Mukhriz dikatakan akan diangkat menjadi menteri
besar Kedah sekiranya BN menang di Kedah dalam pilihan raya yang akan datang
ini. Agenda seterusnya yang lebih besar untuk Mukhriz penghujungnya ialah jawatan perdana menteri
Malaysia. Bolehkah?. Maka sebab itu
kenyataan demi kenyataan Mahathir dapat difahami seolah-olah sedang dikejar
kebimbangan dan ketakutan akan kebangkitan pakatan rakyat. Berbagai celaan dan
tohmahan ditujukan kepada pembangkang “negara ini akan musnah sekiranya
pembangkang memerintah”.
Sebenarnya yang akan memusnahkan negara dan sedang menggadaikan negara ialah petualang Umno dan Barisan Nasional.
Sebenarnya yang akan memusnahkan negara dan sedang menggadaikan negara ialah petualang Umno dan Barisan Nasional.
Kita
sama-sama tunggu nasib Mahathir, Mukhriz, Najib, Umno dan BN. Biarlah mereka terjun dengan labu-labu
mereka. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment