Nampaknya apa yang digelar oleh Presiden Umno, Datuk Seri
Najib kepada pemimpin Umno sebagai ‘ekor’ (haiwan) telah berjangkit kepada
Pemuda Umno Gombak di ketua oleh Zulkarnain apabila mereka umpama disampuk
jembalang mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Batu 8, Gombak.
Ini sungguh tidak bertanggungjawab. Adakah ini sumpah sebenar ahli silat lincah
yang mengharuskan menyerang dan menggangu suatu himpunan aman kerana semata-mata mahu menyelamatkan Umno?. Mereka sudah tidak pandai menggunakan akal yang
dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka, kerana untuk mempertahankan kuasa Umno
yang diibaratkan sudah berada dihujung tanduk sanggup melakukan apa sahaja. Huru-hara yang dilakukan oleh mereka menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan (lihat gambar).
Dari video-video yang diedarkan ternampak jelas provokasi
dimulakan oleh mereka dengan balingan botol air minuman secara rambang. Adakah mereka akan menafikan ini bukan perbuatan
mereka? Sedangkan dengan bangga mereka hadir memakai baju ‘T’ lambang
dacing. Adakah ketua pemuda Umno Gombak mahu mencari
nama untuk dicalunkan sebagai ‘winnable candidate’ dalam pilihan raya akan datang?.
Jangan haraplah, nasib Khairy pun belum tentu selamat lagi. Simpanlah sikap samseng jalanan
tersebut. Elok kalau tenaga yang ada
disumbangkan ke perjuangan mambantu rakyat Palestin di Gaza.
Kepada pakatan rakyat usahlah membalas provokasi samseng-samseng
Umno tersebut dengan provokasi. Apa yang
penting dan perlu dilakukan ialah sebarkan seluas-luasnya di internet berita kejadian
tersebut supaya rakyat dapat maklum bahawa Umno sedang nazak. Perbuatan mereka inilah yang akan
memudahkan lagi pakatan rakyat
mengambil-alih Putrajaya.
Kepada Pengurusi Samnak Sambodhi (Yip Kum Fook, MCA Gombak) dan Setia-Usaha Yap Leaong Lan(Peggy Yap)
ReplyDeleteOrang awam tempatan menyoal tentang ingin menjadi Ahli PERSATUAN BUDDHIST SAMNAK SAMBODHI, No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia, tetapi dengan sukacitanya mereka bukan orang parti MCA semua di tolak. Mengapa?
1) Ini bukan tempat gelangang politik, ini tempat sembahayang.
2) Ini tempat harta orang ramai bukan harta awak sendiri.
Harap awak faram dan bebas undang-undang yang tak betul dengan segera, kalau tidak perkara yang tidak manis akan berlaku.
Sekian Terima Kasih
Taman Desa Jaya, Kepong….