Rasa
kesian atau bersimpati tidak langsung terlintas apabila mengikuti sepintas lalu
ucapan tahun baru 2013 oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib. Malahan dari ucapan beliau dapat dibuat
kesimpulan bahawa inilah satu ucapan PM terakhir untuk rakyat Malaysia sebelum
pilihan raya ke-13.
Gaya
ucapan Najib nampaknya hampir mengikuti kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi mengajak
rakyat “Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan
kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah
masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita."
Najib juga menyelitkan rayuannya (rayuan terakhir?) jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.
Walau bagaimanapun yang kita nak muntah apabila beliau menyebut “Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen.” Maksudnya jangan memperjudikan nasib anak-anak kita dengan menukar kerajaan yang ada dan memilih pakatan rakyat, walaupun BN dah jadi hampas.

Jelaslah
bahawa tahun 2013 ini akan menyebabkan Umno BN tergamam dan panik, tidak tahu
apakah langkah yang hendak dibuat. Pegang sini tak kena, pegang sana tak kena lebih-lebih lagi
tempoh mandat yang ada tinggal empat bulan sahaja. Janji terlalu banyak yang tidak ditepati buat pula bermacam janji lagi. Isu-isu yang memudaratkan Umno BN yang ada pun tidak terjawab timbul pula isu-isu baru.
Buatlah
apa yang patut Najib. Hendak terjun
dengan labu-labu pun boleh atau terjun tak gunakan labu pun boleh. Orang Umno dari dalam akan
kata BIARKAN. BIARKAN. Lemas Najib.
No comments:
Post a Comment