Patutlah
budak-budak Silat Lincah yang mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di batu
8 1/2 Gombak berani melakukan kekacauan dan tunjuk belang. Rupa-rupanya
Persatuan silat tersebut telah menganugerahkan kepada perdana menteri
1Malaysia, Datuk Sri Najib anugerah Ulil Amri 111 Persatuan Seni Silat Lincah
Malaysia (PSSLM). Sementara Persatuan
Seni Silat Gayung (PSSGM) pula telah menobatkan Najib sebagai Khalifah Agung Sri Tri
Buana Gangga Simanjakini Cula Sakti.
Semasa himpunan silat 1Malaysia di PWTC pada
Julai 2012 Najib telah menyatakan ‘Perjuangan pesilat diperlukan setiap masa”. Mesej
ini agaknya yang tertanam dalam jiwa
budak-budak yang kurang matang yang menganggap kata-kata Najib tersebut umpama memberi lampu hijau kepada mereka melakukan apa saja kekerasan
terutama kepada pakatan rakyat.
Mungkin juga mereka termakan kata-kata Najib dalam
Perhimpunan Agung sebelum ini "Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji
Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad
dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti
kita pertahankan!”
Sebenarnya Najib memberi semangat. Budak-budak baghal ini ingat supaya lakukan keganasan. Biarlah budak-budak ini terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
Sebenarnya Najib memberi semangat. Budak-budak baghal ini ingat supaya lakukan keganasan. Biarlah budak-budak ini terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment