Akhirnya apa yang kita duga telah pun terjawab kini.
Dalam facebook banyak sungguh kata-kata lucu dihamburkan kepadanya “Dari Umno
kamu datang kepada Umno engkau kembali”.
Begitulah apa yang berlaku kepada bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Zahrain
Mohamed Hashim (klik) yang hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno. Beliau
dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang dikatakan dari Cabang PKR Bayan Baru,
Jelutong dan Bukit Gelugor. Penyerahan ini dilakukan di pejabat Umno Bayan Baru
selepas majlis makan tengah hari.
Zahrain
memenangi kerusi Bayan Baru atas tikit PKR dalam pilihan raya ke-12, 8 Mac 2008. Kemudian
pada 12 Februari 2010 beliau telah keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat
bebas. Selepas itu Zahrain dan lima orang rakan bebas yang lain membentuk
wakil rakyat bebas dinamakan Konsesus Bebas.
Selepas meninggalkan PKR, Zahrain telah di bawa oleh perdana menteri
1Malaysia dalam rombongan lawatannya ke luar negara. Bijak, memang bijak.
Hari
ini Najib telah membuat lawatannya ke Pulau Pinang. Zahrain telah mengambil kesempatan menyatakan
sokongan beliau kepada Najib dengan niat untuk menyertai semula Umno. Zahrain dalam
kenyataannya menyebut “orang Melayu tiada pilihan lain kecuali menyokong Umno”.
Nampaknya dengan kemasukan Zahrain dalam Umno maka orang-orang kuat Umno di
Bayan Baru yang bekerja keras selama empat tahun lepas akan berputih mata dan
menggigit jari pula. Walau bagaimanapun
adakah dengan kemasukkan Zahrain semula maka secara otomatik beliau akan
dicalonkan sebagai ‘winnable candidate’ BN untuk Bayan Baru?
Rupa-rupanya
lawatan Najib ke Pulau Pinang yang menerima borang daripada Zahrain untuk
menyertai Umno semula umpama menjunjung seketul batu. Adakah kalau Zahrain diletak sebagai calon,
boleh memenangkan Umno BN? Inilah bahaya yang sedang menunggu Najib. Jika dipilih Zahrain sebagai calon tidak
mungkin dapat mengelakkan daripada perbuatan khianat (sabotaj) oleh ahli-ahli sendiri. Beranikah Najib.?
Bagi
Zahrain usahlah berharap sangat untuk menjadi calon dalam pilihan raya ke-13
ini. Biasanya orang-orang Umno tidak
akan ikut kata-kata pemimpin walau depan
pemimpin dianguk tetapi dibelakang pemimpin lain jadinya. Mahathir semasa di Bentong, Pahang pernah
menggesa "Kita (ahli UMNO) harus
ingat kalau diletakkan siapa saja calon walaupun mata sepet sebelah, hidung
penyet, asalkan dia calon BN, kita undi sajalah. Yang hendak dan perlu menang
ialah parti, bukan orang. Kalau Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang saja
pun tak guna juga sebab kita masih tidak dapat membentuk kerajaan.”
Adakah
permintaan Mahathir ini akan didengar dan diikuti???. Eloklah terjun dengan labu-labu biar senang disambut dengan sorakan BIARKAN, BIARKAN.
Salam... lawak hujung minggu... kalahkan Paei dan boria....Zahrain Teh Tarik... lagi ditarik lagi banyak buih dan makin sejuk.. dengan majoriti 11,600... undi PKR 2008 27000, BN 16000... dia ini bukan calon pilihan untuk Bayan Baru next election.. voters still look party and not candidate. Same lanscape will show by voters.
ReplyDelete