Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib melalak lagi di
Sabah. Kali ini lantang suaranya “ada
orang hendak sangat jadi perdana menteri”. Kata-katanya tidak lain adalah ditujukan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Sebenarnya intonasi suaranya
terbayang kegelisahan dan kebimbangannya, manakan tidak selepas saja Anwar datang
ke Sabah, Najib akan menyusul kemudian untuk membuat ‘counter attack’ apa yang
diperkatakan oleh Anwar. Jika tidak silap Najib telah turun ke Sabah hampir tujuh kali pada tahun
ini sama dengan kedatangan Anwar ke Sabah.
Ini menunjukkan kebimbangannya.
Dengan lenggok badan, mimik mukanya dan ketinggian suaranya Najib telah menggunakan kesempatan mengutuk pembangkang sambil menyatakan "Tolong sokong
BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang”. Itulah rayuan Najib pada belia ketika berada di Sandakan, Sabah. Sebenarnya Najiblah yang hendak sangat
menjadi perdana menteri ketika Tun Abdullah diumumkan untuk menggantikan
Tun Mahathir. Ketika Tun Mahathir mengumumkan perlantikan
Abdullah sebagai perdana menteri ada suara-suara yang mengatakan Najib merasakan beliaulah sepatutnya memegang jawatan tersebut.
Jika Najib boleh berkata Anwar hendak sangat menjadi perdana
menteri, orang juga boleh berkata kenapa bermatian sangat mengutuk Anwar sehingga sanggup merayu kepada belia Sabah supaya sokong
BN jika mahukan beliau sebagai perdana menteri. Ini menunjukkan amat sukar
untuk melepas jawatan tersebut dan bermatian mahu mempertahankannya.
Buatlah apa yang patut Najib. Kalau hendak terjun dengan
labu-labu janganlah sampai lemas. Orang-orang
akan tetap kata BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment