IKLAN

Sunday 3 March 2013

LAHAD DATU, PENCEROBOHAN TENTERA KESULTANAN SULU, ANWAR IBRAHIM DAN NAJIB?

www.hgpromo.org
Dari laporan yang dikeluarkan, pada Jumaat lepas  pihak keselamatan Malaysia telah kehilangan dua nyawa iaitu Inspekter Zulkifl Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 kerana terkena serpihan peluru mortar ditembak oleh tentera kesultanan Sulu. Di pihak tentera Sultan Sulu pula dilaporkan terkorban seramai 14 orang. Dari pendaratan tentera kesultanan Sulu sehingga hari ini sudah memakan masa hampir tiga minggu. Terbaru semalam berlaku lagi kematian dipihak keselamatan kita iaitu seramai 6 orang di Semporna pula, menjadikan jumlah kematian seramai 8 orang.


Semasa mula-mula tentera Sultan Sulu mendarat dan menceroboh, Datuk Seri Najib berkata isu ini akan diselesaikan dengan secara baik tanpa pertumpahan darah, tetapi apakah yang berlaku sekarang.  Sementara itu Hishamuddin pula menyatakan jangan dengar kabar angin. Hishamuddin belum lagi keluar dari tempurungnya, dunia ini terbuka luas informasi tidak boleh disembunyikan.  Lihat sahaja video dan gambar yang dikeluarkan oleh youtube berhubung dengan tembak menembak ini dapat disaksikan dengan jelas bukan lagi kabar angin.  Lebih menarik dalam satu sidang media Hishamuddin buat lawak pula dengan meminta tentera Sultan Sulu ‘letak jawatan’. Mengapa harus minta mereka letak jawatan, sepatutnya letak senjata. Orang yang harus letak jawatan ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin.

Sekarang rakyat Malaysia mempersoalkan bagaimanakah sempadan negara boleh diceroboh dengan senang. Dimanakah sistem pengesanan keselamatan atau sistem pertahanan Malaysia?.  Jika ada negara yang berniat jahat terhadap Malaysia untuk satu penaklukan rasa-rasanya dalam masa tidak sampai 24 jam negara ini akan dapat diceroboh dan dikuasai dengan senang. Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah bukan sebagai sandiwara.  Beliau juga hairan mengapakah semudah itu negara boleh diceroboh.

Sekarang tiada guna untuk menuding jari untuk meminta perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi   meletak jawatan.  Yang lebih penting selesaikan kemelut tentera Sultan Sulu ini dengan bijaksana selepas itu bubarkan parlimen seterusnya adakan pilihan raya ke-13.

Sekarang ini rakyat tidak lagi mempercayai  kerajaan Umno BN.  Lihat saja apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang terang-terang mencari peluang untuk menaburkan fitnah dengan mengeluarkan berita bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pula terlibat dengan kedatangan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu hanya berdasarkan kepada laporan sebuah laman blog MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan (klik).

Rakyat tidak akan mempercayai sedikit pun mengenai fitnah terhadap Anwar, lebih-lebih lagi media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, National Review dan Red State.

Maklumat diperolehi Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai  oleh Joshua Trevino dengan menerima bayara USD389,724.70 (RM1.2 juta).  Maka berkemungkinan juga berita yang dikeluarkan di portal berita Filipina Inquirer News juga sama saja caranya  yang dilakukan untuk memburukkan Anwar Ibrahim sebagaimana dilakukan oleh Joshua Trevino.

Adalah lebih baik sebelum membuat tuduhan yang melulu untuk menjatuhkan reputasi Anwar Ibrahim sila baca Sabahkini (klik)  yang menjelaskan perkara Lahad Datu ini. Kini orang juga mempersoalkan bagaiamana boleh kerabat kesultanan Sulu juga pernah di jemput ke Perhimpunan Agong Umno ke 66 Tahun 2012.  Sementara itu menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Apa cerita ni. Najib pula yang terkena (klik).

Nantilah masanya tidak lama, kebenaran akan muncul juga untuk menunjukkan keadaan sebenar di sebalik pencerobohan Lahad Datu. Buat masa ini kita doakan supaya pihak keselamatan kita polis dan tentera serta penduduk di daerah yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

No comments:

Post a Comment