Gempar
apabila Azlan Mohd Lazim bapa kepada Saiful Bukhari hari ini
memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa
bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,
yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar
dalam kes Liwat II.
Kita
faham kesedaran Azlan untuk membuat kenyataannya adalah selepas beliau melihat
mutakhir ini sambutan terhadap Datuk Seri Anwar dan gabungan parti pakatan
rakyat amat luar biasa, walau diganggu-gugat oleh orang-orang gila upahan
(seperti Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka) yang terlepas dari kurungan minda, Anwar tetap mendapat sokongan. Azlan sendiri menyatakan beliau mengambil keputusan untuk bersama-sama Datuk Seri
Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan
keamanan bercakap benar menentang kejahatan. Beliau bedoa semoga pakatan rakyat dapat mengambil-alih Putrajaya.
Dengan
pengakuan yang dibuat oleh Azlan tersebut sekurang-kurangnya nama Datuk Seri Anwar yang selama ini dijaja oleh pihak-pihak seperti Hassan
Jati, Zul Nordin dan ramai lagi seangkatan dengannya telah dibersihkan oleh tindakan Azlan.
Dengan itu sokongan kepada Datuk Seri Anwar menjelang pilihan raya ke-13 akan bertambah dan meriah lagi. Maka perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib janganlah terperanjat
langkah yang diambil oleh Azlan tersebut. Mungkin kerana kesibukan Najib yang memikirkan hal keselamatan negara
berkait dengan pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Sultan Sulu, sehingga lupa
langsung berkirim salam kepada Azlan.
Nasib engkaulah Najib. Dunia ini tidak selalu cerah.
No comments:
Post a Comment