IKLAN

Thursday 14 March 2013

MENUNGGU PARLIMEN DIBUBAR RAMAI KENA PENYAKIT PARKINSON

Hgpromo.org/
Kita tidak tahu bilakah parlimen akan dibubarkan. Inilah pertama kali dalam sejarah  orang yang paling berkuasa dalam Malaysia, Datuk Seri Najib  berteka-teki untuk memilih tarikh yang sesuai bagi beliau dan Barisan Nasional mengadakan pilihan raya.  Mandat lima tahun kerajaan BN telah pun berakhir pada 8 Mac 2013 yang lepas. Ini berdasarkan pilihan raya ke-12 di adakan pada 8 Mac 2008.

Ketidaktentuan parlimen dibubarkan telah menyebabkan rakyat mengelarkan pimpinan Barisan Nasional terutama Datuk Seri Najib sebagai seorang yang pengecut. Najib sendiri tidak yakin Umno Barisan Nasional akan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya ke-13, lebih-lebih lagi perkembangan terakhir dan ramalan-ramalan oleh  penganalisa politik  bahawa Pakatan Rakyat bakal berkuasa di Putrajaya.  Ramalan kemenangan pakatan rakyat telah menyebabkan Najib bertambah trauma.

Dari perkembangan mutakhir, pakatan rakyat sudah lama bersedia dengan siri-siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat (PKR), Negara Berkebajikan (PAS) dan Ubah (DAP). Pakatan terpaksa mengambil langkah mengadakan ceramah diseluruh negara, ini kerana media cetak dan elektronik telah dikuasai sepenuhnya oleh Umno BN. Sebab itu kita dapat lihat setiap hari bemula subuh, tengahari dan penutup malam berita-berita yang disensasikan berbentuk fitnah disediakan untuk meracuni fikiran rakyat.  Walau bagaimanapun ini semuanya tidak langsung boleh memesongkan apa yang ada dalam fikiran rakyat.

Semakin ditangguh pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya, semakin banyak isu-isu yang menimpa Umno BN. Isu lama belum terjawab isu baru pula meluap-luap. Dalam menunggu tarikh pilihan raya ramai yang terkena badi penyakit ‘parkinson’ dengan tangan dan jari jemari terketar-ketar tidak sabar untuk memangkah dan memberi undi kepada pakatan rakyat.  Ini yang menghantui Najib sehinggakan kerap kali terpaksa menyatakan “jangan buat ekpirimen mengubah kerajaan”. Sementara Tun Mahathir pula berkata “golongan muda jangan taksub tukar kerajaan”.

Dalam kelewatan menanti parlimen dibubarkan ramai yang menjadi Nujum Pak Belalang, ada yang berkata Najib telah mengadap DYMM Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong mendapat perkenan membubarkan parlimen, cuma untuk mengumumkan sahaja tarikhnya, ada juga meramalkan akhir bulan ini  iaitu selepas LIMA ’13 (26 – 30 Mac).

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat, yang penting apa yang telah ditekadkan tidak berganjak. Semoga sakit ‘parkinson’ sementara akan sembuh selepas jari-jemari memangkah undi dan ditanda dengan dakwat kekal.


No comments:

Post a Comment