IKLAN

Sunday 10 March 2013

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN (ANAK) VS AZLAN MOHD LAZIM (BAPA)

Hgpromo.org promo
Selepas Azlan Mohd Lazim bapa kepada Saiful Bukhari membuat kenyataan memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memfitnah Anwar dalam kes Liwat II. Tidak disangka-sangka pada hari yang sama Saiful Bukhari  juga membuat sidang media dengan menyatakan bahawa “Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta,saya ingin tegaskan bahwa saya tidak sama sekali akan berganjak engan dakwaan saya”. Saiful seterusnya menyatakan "Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," 

Begitu cepat sekali Saiful memberi respon terhadap kenyataan yang dibuat oleh bapanya. Sudah tentu ada arahan yang diterima supaya membuat ‘counter attack’ kepada kenyataan bapanya.  Mungkin juga semua skrip telah tersedia, cuma datang dan buat kenyataan mengikut skrip. Saiful kemudian menuduh  pula ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" ini kerana sidang media ayahnya pada pagi tersebut diaturkan oleh seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat. 

Saiful menyatakan beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat kenyataan tersebut dan beliau tiada sebarang masalah dengan ayahnya.  Itu alasan Saiful, kemungkinan ada berlaku perselisihan faham antara beliau dan bapanya. Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".

Saiful harus  faham bahawa ayahnya, Azlan yang sudah menjangkau umur 60 tahun sudah tentu menghisab diri bahawa sejauh manakah  kemungkaran yang digenggam boleh digenggam begitu lama lagi. Apakah yang harus dijawabnya dihadapan Allah SWT di akhirat nanti. Mungkin Azlan telah mendapat hidayah dari Allah SWT membuka hatinya, dalam duduk berseorangan sudah tentu beliau tergambar berbagai perkara yang harus beliau jawab. Dosa terhadap manusia tidak terampun kecuali manusia juga yang memaafkannya.  Teringat perihal paderi  Paus Yohannes II, Pope Katholik yang berhenti dan memeluk agama Islam, dalam  ucapannya  antara lain menyatakan beliau  khuwatir akan kehidupan beliau di akhirat kelak jika beliau kekal kafir. Begitulah sekiranya Allah kurniakan hidayah tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Apabila diberitakan permohonan maaf Azlan kepada Datuk Seri Anwar dengan menyatakan Liwat ii adalah satu konspirasi maka berbagai reaksi orang ramai berhubung kenyataan dua beranak ini. Pencacai-pencacai yang berpeluh terkejut mencari jalan dan modal untuk putar dan putar.


Maka pencacai Umno terus membuat tuduhan dan andaian terhadap perkara ini. Mereka telah menuduh Azlan bapa Saiful telah diberi RM1juta oleh Anwar Ibrahim   untuk membuat kenyataan ini. Gambar perjumpaan Anwar dan Azlan pada Tahun 2008 telah dikeluarkan kononnya perjumpaan tersebut berlaku baru-baru ini. Lihatlah gambar perjumpaan Anwar dan Azlan, lihat gambar Azlan ketika menemani Saiful melakukan sumpah laknat dan terbaru gambar Azlan semasa membuat kenyataan beliau bertarikh 8 Mac 2013. Adakah berasas tohmahan tersebut?

Sementara itu Datuk Seri Anwar sebagai mengulas kenyataan permohonan maaf Azlan tersebut menganggap ianya tidak mengubah apa-apa  kerana dari awal lagi beliau telah menegaskan bahawa beliau  tidak bersalah, dan tuduhan tersebut adalah satu fitnah yang berniat jahat (klik).

Dalam satu sidang media di Masjid Shah Alam, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyatakan bahawa Azlan Mohd Lazim telah  melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur berikutan  fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin jelas kebenarannya. Sebarang pendustaan tidak kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.  Nik Aziz berkata walau selicik mana sekalipun seseorang  merangka pelan tertentu, kebenarannya pasti akan terbongkar. Beliau turut menolak dan tidak percaya dakwaan kononnya Anwar membayar kepada ayah Saiful sebagai sesuatu yang tidak mungkin.

Pihak akhbar Sinar Harian telah membuat pengundian Online berhubung dengan kenyataan Azlan Mohd Lazim.  Selepas pengundian ditutup didapati keputusannya 94% mempercayai Azlan sementara Saiful hanya memperolehi 6%. Kenyataan Azlan dapat dinilai oleh orang ramai tanpa ragu-ragu.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang efisen menyatakan bahawa pihak polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat  untuk mengambil keterangan berhubung kenyataan yang dibuatnya (klik) .  Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.  Nampaknya pihak polis juga tidak senang duduk dengan kenyataan Azlan tersebut.

Walau bagaimanapun kita ikutilah episod seterusnya Azlan  Mohd Lazim VS Mohd Saiful Bukhari Azlan. Apakah pengakhirannya.

No comments:

Post a Comment