IKLAN

Wednesday 5 June 2013

SEMOGA SELEPAS INI TIADA LAGI KEMATIAN TAHANAN POLIS

http://www.blogpingtool.com
Akhirnya tiga orang anggota polis yang menyebabkan kematian N Dhamanderan pada 21 Mei lalu dipertuduh di Mahkamah Majistret,  Kuala Lumpur semalam 5 June, 2013. Ketiga-tiga mereka ialah Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32. Mereka dituduh dibawah Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu "dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Dhamanderan Narayanasamy".

Amat malang kepada Dhamanderan yang diperlakukan sedemikian pada 21 Mei 2013 di antara jam 12.20 sehingga 2.50 petang di Pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu Pejabat Kontingen Kuala Lumpur.  Mengapakah sampai ke tahap untuk membunuh.  Mengapa begitu kejam sekali tindakan mereka terhadap Dhamanderan. 

Dengan tindakan mempertuduh anggota polis yang terlibat, semoga dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada lain-lain anggota yang menjalankan tugas soal-siasat terhadap yang dituduh. Kita berharap tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku selain daripada tiga kejadian tahanan sepanjang dua minggu lepas.

No comments:

Post a Comment