IKLAN

Friday 21 June 2013

SELAMAT BERHIMPUN #KL226 (BLACKOUT 505)

BlogPingSite
Hari ini 22 Jun  2013 satu perhimpunan Blackout 505 Kuala Lumpur bakal diadakan pada petang ini di Padang Merbuk, Jalan Parelimen, Kuala Lumpur.  Ada juga yang menggelarkan perhimpunan #KL226 bersempena tarikh hari ini. 


Pagi lagi mereka telah berkumpul terutama di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Lebih sibuk lagi peniaga-peniaga sambilan berniaga makanan dan minuman juga baju-baju T dan topi mengambil tempat masing-masing. Tiada pula kelihatan pihak DBKL menghalang aktiviti peniaga di sini mereka hanya berkeliaran sahaja.

Dataran Merdeka telah dipagar oleh pihak Dewan Bandaraya sebagai usaha menghalang peserta himpunan masuk ke kawasan ini. Apa yang dilaporkan sehingga ini peserta telah ramai berkumpul di luar Masjid Negara sebelum mereka bergerak ke Padang Merbuk menyertai kumpulan-kumpulan lain dari Jalan Pudu, Jalan Petaling, Univesiti Malaya dan Sogo, Brickfields, HQ Pas Jalan Raja Laut dan Stesen Bas jalan Pekeliling.

Hanya satu jam lagi perhimpunan akan dimulakan iaitu pada jam 2.00 petang.  Tanjaktinggi bersama-sama mendoakan semoga perhimpunan ini #KL226 akan berjalan seperti dijadualkan dan dipelihara oleh Allah SWT  dari sebarang perkara yang tidak dingini. Amin.

No comments:

Post a Comment