IKLAN

Wednesday 19 June 2013

HIMPUNAN 'BLACK OUT 505' PADA 22 JUN APAKAH KESUDAHANNYA

www.blogpingtool.com
Kita tidak  mengetahui setakat ini kemungkinan-kemungkinan yang berlaku samada Himpunan Black Out 505 akan berjalan mengikut jadual pada 22 Jun 2013 (Sabtu) di Padang Merbuk, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.  Ini berikutan berbagai helah umpama satu konspirasi sedang dilakukan untuk menggagalkan himpunan tersebut.  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pihak yang berkuasa ke atas venue Padang Merbuk tersebut berdolak-dalik untuk membenarkan padang tersebut digunakan dengan alasan padang tersebut akan digunakan oleh Majlis Olimpik untuk larian amal sedangkan larian amal tersebut dikatakan telah diluluskan di Dataran Merdeka.

Pihak polis juga melalui Timbalan Ketua polis telah memberi amaran berhubung dengan himpunan ini. Mungkin Datuk Seri Najib, Pedana Menteri 1Malaysia telah menerima pakai nasihat mantan perdana menteri  Tun Dr Mahathir bahawa “kerajaan jangan lagi berlembut, beri muka kepada pembangkang”.  Inilah ‘style’ Mahathir menjalankan kekuasaan beliau semasa menjadi perdana menteri. Baru-baru ini beliau mencadangkan pula supaya rakyat Malaysia  hidup dalam ‘separuh kebebasan’. Pada beiau jika hidup dalam kebebasan penuh akan mendatangkan masalah. 

Kalau setiap kata-kata Mahathir mahu diikuti oleh Najib, suluhlah muka dicermin samada ‘layakkah aku memimpin rakyat Malaysia?.

No comments:

Post a Comment