IKLAN

Thursday, 25 October 2012

DAP Berani Bidas MCA, Umno Takut. Tak Boleh Harap Untuk Jaga Islam, Jaga Melayu Pun Tak Ke Mana

Ping Blog
Selamat Aidiladha Dan Selamat Mengerjakan Ibadah Korban


Terpanggil untuk mengulas akan pujian Tuan Guru Nik Aziz terhadap wakil rakyat pakatan DAP Anthony Loke (klik).  Apa yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS tersebut ada kebenarannya.  Umno tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama Islam dan untuk menjaga Melayu .  Beliau membuat kenyataan ini sebagai mengulas apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP Anthony Loke, Wakil Rakyat bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan  yang mempertahankan  beliau dalam dewan rakyat dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap". Heng menuduh Nik Aziz menggalakan orang Islam merogol wanita bukan Islam jika tidak mengikut etika berpakaian secara Islam.

Loke mempertahankan Nik Aziz sehingga menepuk meja yang menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah Politik luaran ke dalam dewan. Nik Aziz menyifatkan "DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana."


Penulis hampir menitiskan air mata apabila Nik Aziz menyatakan demikian.  Jika diamat-amati tiada seorang pemimpin Umno yang bersuara membidas perbuatan Lebai Soi Lek dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang menghina agama Islam dan juga memfitnah Nik Aziz. Gerombolan Perkasa sendiri berbalah, Setiausaha agongnya mengatakan haram Perkasa mengundi MCA, tiba-tiba presidennya Ibrahim Ali pula meminta ahli Perkasa akar umbi sokong MCA.  Dr Hassan Jati pula mengeluarkan fatwa ‘syak’ bahawa wujud kerjasama MCA dan DAP dalam pilihan raya akan datang ini sebagai satu  ‘grand design’ bagi MCA membiarkan DAP mewaklli masyarakat Cina keseluruhannya kerana MCA tidak mendapat sokongan bangsa Cina.  Sementara itu Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria turut kesal dan membidas pemimpin yang lemah. Menurut beliau, undang-undang sudah ada tetapi tindakan tidak diambil.


Maka daripada apa yang berlaku orang Melayu dan Islam jangan duduk dipersimpangan jalan masih asyik  berfikir lagi jalan manakah yang harus dituju. Kita harus mengambil kata-kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa "Umno tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga agama Islam dan bangsa Melayu", maka satu tindakan melakukan perubahan harus diambil dan  jangan menunggu lama-lama, tinggalkanlah Umno  dan Barisan Nasional agar impian untuk membina satu Negara Malaysia Baru, aman, adil, jauh dari rasuah dan salahguna kuasa menjadi kenyataan.




No comments:

Post a Comment