IKLAN

Tuesday, 9 October 2012

Nyanyuk Mahathir Nyanyuk Bertempat

Ping site
Tun Dr Mahathir mengelak menjawab mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an. Mahathir sebaliknya mengatakan kenapa  bertanya kepada beliau  sedangkan beliau ‘sudah nyayuk’.  
Sebelum ini ramai orang mengelarkan Mahathir sebagai telah nyanyuk kerana banyak perkara-perkara yang beliau timbulkan samada dalam temuramah atau melalui blognya ‘Che Det’ menjadi persoalan dan seterusnya dikirik oleh ramai orang.  Mengelarkan Umno BN sebagai ‘syaitan yang dikenali’, ‘…kadang-kadang malaikat juga boleh buat banyak perkara salah’  yang menyebabkan orang menggelarkan Mahathir sudah ‘nyanyuk’.  Kini beliau berkata pula ‘beliau sudah nyanyuk’ walaupun dalam keadaan sinis.

Selalunya apabila seseorang telah masuk ke dalam fasa ‘nyanyuk’ maka banyak perbuatan-perbuatannya sudah tidak normal sebagaimana biasa.  Tutur katanya tidak akan diambil ‘pot’ oleh orang-orang di sekelilingnya.  Kalau adapun yang lojik sedikit tetap orang menilaikannya sebagai cakap orang yang sudah nyanyuk.  Maka tidak boleh diambil untuk dijadikan panduan.  Oleh itu jika benarlah Mahathir sudah nyaynuk maka biarlah dia merapu bersendiri.  Tidak payahlah membuat dosa dengan mengutuk beliau.   

No comments:

Post a Comment