IKLAN

Tuesday, 2 October 2012

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. Mat Sabu Menteri Dalam Negeri

BlogPingTool.com
Banyak sungguh pihak-pihak yang mencabar dan mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan kabinet bayangan Pakatan Rakyat kerana pilihan raya umum bakal diadakan dalam masa terdekat. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) melalui Ketua Penerangannya, Roslan Kasim berkata rakyat perlu tahu kabinet bayangan itu supaya perbandingan dan penilaian dapat dibuat mengenai siapa yang akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan. 


Bukan Perkasa sahaja membuat cabaran tersebut, Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib juga turut mendesak Anwar berbuat demikian.  Anwar tidak menyambut cabaran tersebut sebaliknya mencabar Najib mengemukakan senarai nama bakal Menteri Besar Selangor dan Menteri Kewangan jika BN memenangi pilihan raya akan datang.

Sebenarnya Najib tidak perlu risau berhubung rumah  tangga pakatan rakyat.  Elok Najib tumpukan hal-ehwal Umno BN, kerana dalam BN sendiri ‘macam-macam ada.’ Berilah perhatian kepada kapal yang sedang dimasuki air dan hampir tenggelam tersebut.  

Roslan juga secara tidak bertanggungjawab telah menyindir  dengan menyatakan “rakyat juga mahu tahu apakah jawatan kabinet yang akan diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.“ Kenyataan Roslan yang menyentuh nama Shamsidar, adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.  Kalau sekadar menyebut nama Mat Sabu tidaklah pelik sangat sebab beliau Timbalan Presiden Pas dan kemungkinan beliau dicalonkan tetap ada.  



Tidak dinafikan jika diizinkan Allah SWT sekiranya pakatan rakyat menang dan berkuasa di Putrajaya tempat untuk Mat Sabu tentu ada.  Setujukah Roslan sekiranya Mat Sabu dilantik oleh pakatan rakyat memegang jawatan Menteri Dalam Negeri?.  Mat Sabu juga terasa juga mahukan jawatan tersebut. Ini kerana dalam setiap ceramahnya beliau ada menyatakan pembunuhan Altantuya menjadi misteri, pembunuhnya ada tetapi tidak ada jawapan ‘siapakah yang mengarahkan membunuhnya?. Mat Sabu kata jika pakatan berkuasa beliau akan membuat dan menyambung  filem ‘Altantuya The Movie’, beliaulah akan jadi pengarahnya untuk menunjukkan kepada rakyat orang sebenar yang mengarahkan pembunuhan tersebut.   Ada setujukah?

Oleh itu percayalah kepada Qada dan Qadar.  Jika Tuhan menghendaki ‘Kun fayakun’ maka berlakulah samada kemenangan atau kekalahan.  Manusia merancang Allah SWT menentukan.

No comments:

Post a Comment